SJ-12-0210 : bgmana nk jd mahram kpd ayah luar nikah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0210 : bgmana nk jd mahram kpd ayah luar nikah?

http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/16/anak-luar-nikah-6-bulan-after-nikah/
soalan...

bagaimanakah jika anak yang dilahirkan itu tidak sampai 6 bulan selepas di'akad nikah?

adakah anak itu perlu menjaga aurat didepan "biological father nya" (jika anak itu perempuan)?

jika ya, ada tidak cara untuk menjadikan anak itu tidak perlu menjaga aurat didepan "ayah" nya?
siapakah yang akan menjadi wali anak itu?

tambahan dr saya:

adakah sekiranya anak itu menyusu dgn ibunya itu, maka biological fathernya akan menjd ayah susu n secara automatik menjd mahram. jika begitu maka bg saya inilah solusi spy mrk menjd mahram.

SJ-12-0210 : bgmana nk jd mahram kpd ayah luar nikah?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Hukum Kahwin Dengan Penzina
-Wanita yang diketahui berzina, dan lelaki yg diketahui berzina haram dinikahi melainkan setelah bertaubat. Sebagaimana ayat Quran 24:03.

Hukum Kahwin Wanita Hamil daripada Zina
-Jika wanita hamil daripada zina, maka pendapat sahih ialah HARAM dinikahi, sehinggalah dia melahirkan anaknya. Disokong oleh banyak nas2 Quran dan hadis, spt:

Firman Allah: "Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu idah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya". (Al-Talaq: 4).

Hadis Nabi SAW: Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat menyiram airnya pada tanaman orang lain.

HR Ahmad (no: 16990), Abu Daud (no: 2160), Tirmizi (no: 1131). Dinilai hasan oleh Tirmizi dan sahih oleh Ibn Hibban (no: 4850).

Hadis Nabi SAW: "Tidak disetubuhi wanita hamil sehingga bersalin".

HR Ahmad (no: 11596), Abu Daud (no: 2159). Dinilai sahih oleh Hakim dalam Mustadrak (no: 2790).

Mazhab Syafie: Harus berkahwin dengan wanita hamil dengan sebab zina, tetapi anak itu tidak boleh dinisbahkan kepada lelaki penzina itu, kerana wanita itu menjadi firasy (tempat tidur) selepas zahirnya kandungan.

Quote:
bagaimanakah jika anak yang dilahirkan itu tidak sampai 6 bulan selepas di'akad nikah?

Wanita yg telah disahkan hamil dan zahir kandungannya, tidak boleh menisbahkan anaknya kepada penzina lelaki. Apatah lagi jika tempoh antara mereka berkahwin dan waktu bersalin kurang dari 6 bulan. Kerana sekurang2 tempoh hamil ialah 6 bulan dengan IJMAK ulama.

Quote:
adakah anak itu perlu menjaga aurat didepan "biological father nya" (jika anak itu perempuan)?

Penzina itu BUKAN ayah kepada anak itu dari sudut hukum syarak. Maka tiada pewarisan antara mereka, tidak wajib nafkah kepadanya, dan wajib menjaga aurat antara keduanya.

Quote:
siapakah yang akan menjadi wali anak itu?

Nabi SAW bersabda: "Sultan adalah wali kepada sesiapa yg tiada wali".

HR Syafie dalam Musnad (no: 1318), Ahmad (no: 24205), Abu Daud (no: 2085), Tirmizi (no: 1102). Dinilai hasan oleh Tirmizi dan sahih oleh Hakim dalam Mustadrak (no: 2706).

Quote:
jika ya, ada tidak cara untuk menjadikan anak itu tidak perlu menjaga aurat didepan "ayah" nya?

Quote:
adakah sekiranya anak itu menyusu dgn ibunya itu, maka biological fathernya akan menjd ayah susu n secara automatik menjd mahram. jika begitu maka bg saya inilah solusi spy mrk menjd mahram.

Kaedah untuk seorang lelaki menjadi ayah susu kepada seseorang, ialah: Apabila susu itu terbit bersama kandungan yg SAH NASAB.
Syarah Kabir Ibn Qudamah 9/192.

Jadi:
Jika dia menyusu dengan susu yg terbit dengan sebab kelahirannya sendiri, maka dia masih tidak boleh dikatakan anak susu kepada lelaki itu. Kerana: susu itu terbit dengan sebab kandungan yg TIDAK SAH NASAB dgn lelaki itu. Maka tidak sabit hukum susuan lelaki.

jika dia menyusu dengan susu yg terbit dengan sebab kandungan yg sah antara emaknya dan lelaki itu, maka barulah sah menjadi anak susuan lelaki itu.
contohnya: emaknya mengandung kali kedua daripada benih lelaki itu (secara sah, sebab dah kahwin). Bila dia menyusu dengan susu itu, sahlah hubungan susuan antaranya dengan lelaki itu.

Wallahu A'lam.