Assalamualaikum, seorang emak kawan ana yang baru sahaja kehilangan ayahnya bertanya kepada ana. Kawan ana kata, orang kampungnya menyuruh emaknya untuk tidak keluar daripada rumah sepanjang tempoh Iddah. Adakah orang yang kehilangan suaminya tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh Iddah? Adakah dalil yang melarangnya daripada keluar untuk mencari nafkah untuk anak2?
Sumber Rujukan Islam Anda..
wa'alaikumussalam
Seseorang wanita yang kematian suami iddahnya adalah selama 4 bulan 10 hari sebagaimana firman Allah swt :-
Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami hendaklah dia beridah selama 4 bulan 10 hari, iaitu menahan diri dari beberapa perkara yang ditegah dalam tempoh yang demikian. Diantaranya :
a. Mereka dilarang menggunakan minyak wangi samada dibadannya atau dipakaiannya.
b. Mereka dilarang menghias diri, seperti memakai inai atau make-up, menggunakan celak atau apa sahaja perhiasan yang boleh menarik minat orang yang melihatnya.[rujuk hadith al-Nasaa'i #3479].
c. Mereka dilarang memakai baju yang cantik atau warna-warna yang menarik perhatian orang [rujuk hadith Muslim #2739].
d. Mereka dilarang memakai barang-barang kemas.
e. Hendaklah dia tinggal dirumah suaminya yang telah mati tadi, melainkan mempunyai tuntutan yang dibenarkan oleh syara' untuk dikeluar rumah. [rujuk Sunan al-Tirmudzi hadith #1125]
f. Mereka dilarang berkahwin (semasa tempoh tersebut) ataupun bertunang.
Ada pun pendapat ang mengatakan wanita tersebut hanya memakai baju berwarna hitam, tidak boleh bercakap dengan sesiapa, walaupun didalam talipon merupakan pandangan yang salah.
Bagi wanita yang mempunyai keperluan, dimana pada itu tidak ada sesiapa yang dapat membantunya, bolehlah dia keluar rumah didalam tempoh iddah tersebut; seperti pergi ke kedai membeli keperluan dapor, mendapatkan rawatan perubatan di hospital, bekerja bagi menyara anak yang masih bersekolah dsb.
Berkata Ibn Qudamah rh : "Wanita yang beridah boleh keluar pada waktu siang, samada dia diceraikan atau kematian suaminya, sebagaimana di riwayatkan oleh Jabir ra., katanya : Mak Cikku di ceraikan 3 kali, dia telah keluar untuk memetik pokok kurmanya. Dia telah bertemu seorang lelaki yang memberitahunya supaya tidak berbuat demikian. Dia (Mak Cik) memperingatkan sabda Nabi :saw : Keluar dan memetik pokok kurma kamu, moga-moga kamu memberikan sebahagian sebagai sedekah, atau melakukan kebaikkan. Driwayatkan oleh Abu Daud" [al-Mughni, 8/130].
Syeikh Ibn Baaz rh mengatakan hendaklah wanita tersebut pulang kerumah secepat mungkin sebelum maghrib. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين