SJ-12-0261 : Hadis Malaikat laknat isteri???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0261 : Hadis Malaikat laknat isteri???

Salam ustaz, saya ada terbaca hadis tentang malaikat melaknat isteri yang di ajak suami BERSAMA tapi beliau menolaknya. Jika isteri mengajak suami berintim tetapi suami meNOLAK...adakah dia juga akan dilaknat...

SJ-12-0261 : Hadis Malaikat laknat isteri???

:wassalam

al-Jawab:

Hadith itu adalah riwayat Bukhari-Muslim dari Abu Hurayrah, Bukhari (4794).
Oleh kerana hadith tu khusus sebut isteri sahaja, maka tidak boleh takwilkan bahawa laknat akan tertimpa juga pada suami yang enggan menyahut panggilan isterinya yang mengajak ke kamar tidur.

Hujah:

1. Suami adalah boss (AQ 4:34 : kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita)
maka bila boss panggil subordinate (isteri), isteri kena ta'at perintah. Bila isteri (subordinate) ajak boss, boss tidak tertakluk pada keta'atan pada subordinate.

2. Drive seks yang kuat selalunya ada pada suami. Jika suami normal, sihat, bukan lemah tenaga batin, keletihan, kesibukan yg mendesak, maka sebenarnya dia tak perlu diajak pun. Maka jika suami menolak mesti ada sebab syara'iy.

3. Jika suami berterusan sengaja menolak ajakan isterinya, maka suaminya akan terikat dgn lafaz taklik yang dilafaz semasa akad nikah, yakni dia tidak bersetubuh dgn isterinya dalam masa 4 bulan, maka isteri boleh mengadu kepada Hakim.

4. Kontrak perkahwinan (akad nikah) adalah suatu ikatan bagi suami untuk menikmati tubuh isterinya, maka oleh itu dia membayar mahar dan memberi nafkah. Fokus laknat sudah semestinya kepada isteri jika melibatkan ranjang dan bukan suami. WA
[Ruj secara bebas: syaikh saleh alMunajjid, Islam QnA Online]