Assalamualaikum ustaz,
Soaljawab mengenai masalah keputihan, selalu kencing dan buang angin telah dibaca. Soalan saya:-
1. Bagaimana cara terbaik bagi orang-orang yang mengalami masalah keputihan ketika mengerjakan tawaf (telah sumbat kapas dan ambil wudhu) terutama semasa musim haji. Bolehkah diteruskan sehingga selesai 7 kali pusingan bagi orang bermasalah keputihan.
2. Orang yang ada masalah keputihan perlu ambil wudhu selepas masuk waktu selepas bersihkan diri dan sumbat kapas. Bagaimana ketika mengerjakan haji? Kemungkinan Masjidilharam akan penuh dan mungkin sentiasa terpaksa bersolat di luar sebab lambat siap. Plan bersiap dari hotel sebab tandas awam ramai orang.
Terima kasih.
Bismillahi wal hamdulillah ,
Al-Jawab :
1. Tawaf tersebut boleh diteruskan sehingga selesai 7 kali pusingan.Ini kerana saudari telah pun melakukan perkara-perkara yang ditetapkan dalam Islam bagi mereka-mereka yang mengalami masalah keputihan , istihadhah dan kencing tak lawas , iaitu dengan membersihkan kemaluan dengan sebersih-bersihnya dan kemudian melapik atau menyumbat kemaluan tersebut dengan kapas.
2. Dalam masalah ini , segalanya bergantung kepada saudari…..Apabila kita menyedari bahawa kita mempunyai satu masalah yang orang lain tidak ada , maka sudah semestinya segala tindak tanduk dan perbuatan kita juga akan berbeza dengan orang lain yang tidak mempunyai apa-apa masalah.Bagi kami , cara terbaik ialah dengan melakukan persiapan untuk pergi ke Masjidil haram lebih awal dari orang lain.Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah-masalah lain yang mungkin akan timbul lantaran kelewatan saudari disamping masalah yang sudah sedia ada….
Pendek kata , tepuk dada Tanya iman….
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com