SJ-12-0291 : Aurat wanita

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0291 : Aurat wanita

Assalamualaikum ustaz,

1. Aurat tangan.
a) Bolehkah semasa solat, seorang wanita memakai baju t-shirt
lengan panjang yang panjangnya sehingga menutupi tangan dan
jari-jari (dalam masa yang sama memakai telekung) kerana
telekung yang dijual masih boleh nampak bayang tangan walaupun
jenis berkualiti.

b) Bolehkah wanita memakai sarung tangan/gloves semasa solat?

2. Aurat kaki wanita.
Kebanyakan stokin wanita di pasaran nipis. Oleh itu, saya guna stokin lelaki.Adakah stokin orang lelaki (seperti yang diguna pergi kerja pejabat) dikira cukup menutupi aurat kaki wanita? Perlukah kita check secara teliti sebab bila pakai, stokin akan tertarik, jadi, ada lubang-lubang halus. Setakat ini, saya guna wool socks yang tebal atau dua lapis stokin lelaki sekiranya solat tidak menggunakan kain telekung.

Harap ustaz dapat memberi jawapan kepada 3 soalan di atas.
Terima kasih.

SJ-12-0291 : Aurat wanita

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

In sya Allah , akan kami cuba menjawabnya dengan semampunya :

Quote:
Bolehkah semasa solat, seorang wanita memakai baju t-shirt
lengan panjang yang panjangnya sehingga menutupi tangan dan
jari-jari (dalam masa yang sama memakai telekung) kerana
telekung yang dijual masih boleh nampak bayang tangan walaupun
jenis berkualiti.

Hukumnya adalah boleh.Ini kerana memang menjadi tuntutan dalam Islam samada ketika dalam solat atau diluar solat agar kita menutup aurat dengan cara yang betul dan sempurna.Bukan seperti seseorang yang menutup aurat tetapi masih dalam kelihatan telanjang.

Untuk lebih lanjut mengenai persoalan ini sila rujuk link dibawah :

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35440&sid=5cca0d28c5327f690e8c34a43d6cd749

Quote:
b) Bolehkah wanita memakai sarung tangan/gloves semasa solat?

Anggota wudhuk yang wajib didedahkan hanyalah dahi sahaja.Manakala anggota-anggota sujud selain dahi telah sepakat para ulamak menyebutkan tidak wajib didedahkan. Yang dituntut hanyalah meletakkannya di atas tanah/lantai. Oleh itu, harus seseorang menunaikan solat dengan memakai sarung tangan atau stokin.

Begitu juga kebanyakkan isteri para sahabat menjadikan pemakaian sarung tangan sebagai suatu kebiasaan samada dalam solat atau diluar solat.Sebab itu terdapatnya larangan Rasulullah saw kepada para wanita daripada memakai sarung tangan ketika berihram.

[Durus wa Fatawa Al-Haram Al-Makki, Syaikh Ibnu Utsaimin, 2/248]

Quote:
Aurat kaki wanita.
Kebanyakan stokin wanita di pasaran nipis. Oleh itu, saya guna stokin lelaki.Adakah stokin orang lelaki (seperti yang diguna pergi kerja pejabat) dikira cukup menutupi aurat kaki wanita? Perlukah kita check secara teliti sebab bila pakai, stokin akan tertarik, jadi, ada lubang-lubang halus. Setakat ini, saya guna wool socks yang tebal atau dua lapis stokin lelaki sekiranya solat tidak menggunakan kain telekung.

Adalah telah memadai di atas apa yang telah saudari lakukan.Tidak perlulah sampai kepada meneliti setiap sudut dan helaian stokin tersebut kerana ianya akan membawa kepada perasaan was-was yang seterusnya akan menyebabkan saudari sentiasa merasa tidak puas hati dengan amalan ibadah yang telah dilakukan...

Cukup sekadar kita mengetahui dan meyakini bahawa stokin yang kita pakai adalah sempurna dan tidak terdapat sebarang kecacatan (koyak) padanya.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com