SJ-12-0299 : rukuk menghadap manusia ketika pembelajaran

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0299 : rukuk menghadap manusia ketika pembelajaran

:salam

Apakah diharuskan untuk seseorang rukuk menghadap manusia walaupun dalam keadaan belajar. Contohnya apabila seorang rukuk (bukan dalam solat tapi dalam kursus solat umpamanya), dan gurunya lalu didepan untuk membetulkan posisi rukuknya.

Kerana masa kursus solat sempurna anjuran ustaz Zaharuddin, beliau menyatakan tidak harus untuk rukuk depan manusia walaupun tujuan belajar. Cukup sekadar menerangkannya.

Sekian, terima kasih.

SJ-12-0299 : rukuk menghadap manusia ketika pembelajaran

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Permasalahan ini perlu kepada kaedah tahqiq manat iaitu analisa illah (sebab) hukum dan bandingkan dengan permasalahan.

Illah haram sujud dan rukuk kepada selain Allah ialah: membesarkan, mengagungkan, atau untuk penghormatan.

Dan illah ini tidak wujud dalam konteks pembelajaran. Walaupun si guru berada di hadapan anak murid ketika perlakuan tunduk, ia bukan dalam bentuk membesarkan atau menghormati.

Seperti kisah sahabat bernama Al-Mughirah tunduk di hadapan Nabi untuk membuka kasut baginda, walaupun wujud perlakuan tunduk melebihi had rukuk, ia bukan dalam konteks mengagungkan baginda. Tetapi tujuan lain, bukan ibadah rukuk.

Maka, perlakuan rukuk ketika proses pembelajaran bukanlah satu ibadah rukuk. Sebab itu tidak diwajibkan wudhu'. Dan kewujudan guru di hadapannya untuk membetulkan, bukanlah satu objek yang diagung-agungkan atau dihormati.

Wallahu A'lam.