SJ-12-0364 : Kuasa blangan talak kurang @ tdak?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0364 : Kuasa blangan talak kurang @ tdak?

:salam

Moga mendapat rahmat Allah,

Kuasa talak ada pada suami...jika suami telah menceraikan isteri dengan talak satu...dan mengambil smula isteri tersbt bkn melalui jalan rujuk..yakni melalui pernikahan baru...persoalannya:-

1) adakah pernikahan baru tersebut mengurangkan bilangan talak atau tidak?...yakni kuasa talak yg ada pada suami tinggal dua atau kembali menjadi tiga....

2) bleh tuan panel berikan pandangan mazhab dan ulamak muktabar serta yg arjah mengenai permasalahan ini...

sekian t.kasih atas pencerahan tuan panel...

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Kuasa blangan talak kurang @ tdak?

:salam

Ringkasnya mengenai persoalan tersebut dapat dijawab seperti berikut :

1)

Quote:
) adakah pernikahan baru tersebut mengurangkan bilangan talak atau tidak?...yakni kuasa talak yg ada pada suami tinggal dua atau kembali menjadi tiga....

Dalam permasalahan tersebut , bilamana seorang isteri yang diceraikan samada dengan talak 1 atau 2.Kemudian si suami tidak merujuk bekas isterinya sehingga habis tempoh iddah.Selepas daripada itu , mereka berkahwin semula dengan lafaz dan aqad yang baru , maka para ulama/fuqaha sepakat bahawa bilangan talak yang ada pada suami adalah mengikut baki bilangan talak yang tinggal.

Contohnya : Bila i menceraikan isterinya dengan talak 1 , maka baki talak yang ada padanya ialah 2.Jika diceraikan dengan talak 2 , maka baki yang ada ialah 1.

Apa yang menjadi perselisihan dikalangan ulama ialah bilamana bekas isteri / wanita tersebut berkahwin dengan lelaki lain selepas habis tempoh iddah...Kemudian selepas bercerai dengan suami keduanya , ia berkahwin semula dengan bekas suami pertama , Adakah bilangan talak yang dimiliki suami pertamanya mengikut baki talak yang tinggal atau mendapat semula 3 bilangan talak.

Perselisihannya adalah seperti berikut :

1) Jumhur Ulama mengatakan bahawa , bilangan talak yang dimiliki oleh suami terhadap isterinya itu adalah mengikut apa yang berbaki dari bilangan talak tersebut.Sekiranya telah ditalakkan dengan talak 1 , maka bakinya 2 dan beitulah seterusnya.

2) Abu Hanifah dan Abu Yusof serta sebahagian dari kalangan sahabat dan tabi'iin mengatakan , bahawa talak yang diperolehi oleh suami pertama wanita tersebut ialah kembali kepada 3 kali.Bukan baki bilangan talak yang masih ada.Ini kerana katanya , bahawa persetubuhan dengan suami ke dua tersebut telah menyebabkan baki bilangan talak suami pertama itu terhapus.

WA

:wassalam

Ruj :

Ahkam al-Usrah fi al-syari'atil Islamiah , Dr.Ali Ahmad Al-Qulaisyi

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com