merujuk thread soal-jawab di bawah :
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=102&t=38880
hakikat wanita berkerjaya masa kini memang rata2nya banyak yang akan bermusafir kerana atas kehendak tugas2 mereka. walaupun pekerjaan guru sekalipun seorang wanita tetap dalam tempoh bekerja mereka akan memerlukan diri mereka bermusafir seperti bekursus, jungle trekking, perkhemahan, etc.
tiada kelonggaran kah untuk wanita2 yang bekerjaya ini melakukan musafir tanpa suami atau mahram? contoh seorang wanita terpaksa ke UK untuk bentangkan kertas kerja, suami atau mahram tak ikut sekali tapi ada wanita lain yang bersama2 bermusafir ke sana, bolehkah diberi kelonggaran untuk permasalahan seperti ini?
sekian, tq.
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Jawapan berikut adalah ringkasan kepada fatwa / artikel yang diambil dari Laman UZAR, yang mewakili pandangan ulama’ yang membenarkan wanita bermusafir tanpa ditemani Mahram.
Kesimpulan fatwa Syiekh Saami al-Majid : Terdapat ramai ulama’ yang melarang wanita bermusafir tanpa ditemani Mahram. Bagi mereka, walaupun keadaan sekarang sudah berubah, aman didalam perjalanan, larang tersebut tidak diangkat. Ada yang menyamakan ruhsah (keringanan) solat Qasar kepada orang yang sedang bermusafir, dimana keringanan ini tidak pun dilupuskan walaupun keadaan musafir sekarang tidak seteruk dahulu (zaman bermusafir menggunakan unta dan berjalan kaki).
Namun demikian, ada dikalangan ulama’ yang membenarkannya. Ulama Malik, al-Auza’ie, dan beberapa orang dikalangan ulama’ Syafie mengatakan bahawa perlunya Mahram menemani wanita tersebut bukanlah menjadi syarat wajibnya Haji (wanita bermusafir menunaikan Haji tanpa Mahram). Hanya menjadi syarat adalah selamat didalam perjalanan. Selamat perjalanan boleh dicapai dengan ditemani Mahram, atau kumpulan Wanita yang dipercayai. Ada dikalangan ulama’ menyebut, jika wujudnya faktor “selamat didalam perjalanan”, maka tidak perlu lagi orang menemaninya.
Dibolehkan lagi terutamanya apabila Wanita tersebut sukar mendapatkan Mahram dan beliau selamat didalam perjalanan. WA.
Berikut adalah fatwa penuhnya :
sekian,wassalam
خيرالأمين