teks"barang siapa yg mmperbesarkan hari kelahiranku nescaya aku akan jadi penolongnya pd hr kiamat& brangsiapa mbelanjakn 1 dirham utk maulidku maka seolah2 dia mblanjakan emas 1 buah gunung utk agama allah"adakah ianya sahih??inikah dalil yg mmbolehkan buat maulud nabi?banyak ust2 kata ianya adalah dpt phala kalu wat maulud krn ia mengingatkan kita kat nabi saw krn ada hadith yg mnyebut tentangnya.
minta pandangan....
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-13-0015 : hadith tentang sambut maulud nabi..
Primary tabs
Wed, 12/05/2004 - 11:55am
#1
SJ-13-0015 : hadith tentang sambut maulud nabi..
:salam
hadith ini hadith maudhu'. tidak ada satu hadith pun samada sahih atau hasan yg menceritakan fadhilat tentang maulid.
Maulid tidak pernah disambut oleh para khulafa ar-rasyidun, para tabi'in, para atba' tabiin sekalipun.
Namun ia muncul pada ketika pemerintahan bani fatimiyyah pada kurun ke-4 hijrah. As Suyuti dalam Husnul Maqshud fi Amal Al Maulid menegaskan:”Orang yang pertama kali mengadakan peringatan hari Maulid Nabi adalah penduduk Irbal, Raja Agung Abu Sa’id Kau Kaburi bin Zainuddin Ali bin Bakitkin, seorang raja negeri Amjad."
Tentang keistimewaan hari lahir Nabi saw, terdapat hadith sahih dari Abi Qatadah, beliau menceritakan bahawa seorang A’rabi (Badawi) bertanya kepada Rasulullah saw: “Bagaimana penjelasanmu tentang berpuasa di hari Isnin?" Maka Rasulullah saw menjawab, "Ia adalah hari aku dilahirkan dan hari diturunkan kepadaku Al-Qur’an.” [Syarh Sahih Muslim An-Nawawi 8/52].
ia tidak lebih dari itu. ttp masalahnya hari ini, khilaf di kalangan fuqaha bila lahirnya nabi S.A.W. (tarikh yg tepat). Ada yg mengatakan 9 rabi'ul awwal dan ada yg mengatakan 12 rabi'ulawwal. Jadi, bagaimana hendak memperbesarkan tarikh kelahiran nabi sedangkan tarikhnya masih dipertikaikan.
Jadi, hadith ini tertolak dan dikelaskan sbg la asla lahu (tiada asas/baseless) dlm amalan dlm islam.
Namun demikian, tak salah kita sambut maulid hanya utk memperingati nabi cuma kita tidak boleh mengkhususkan sesuatu amalan utk pada hari itu. contohnya, puasa sunat sempena maulid, sembahyang sunat, marhaban, berzanji dsb.
kalau boleh, ingat nabi pada bila2 waktu dan di mana sahaja. dan kita beriltizam utk mengamalkan sunnah yg sahih dan inilah tanda kecintaan kita pada nabi.
Wallahutaala a'lam.
http://www.zayed.com
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah. Terima kasih Ust Ziy@d diatas respond diatas. Didalam buku karangan Moenawar Chalil, "Hadith-Hadith Mauludan", Abadi (29 Pebruari 1953), juga menceritakan bahawa hadith-hadith maulud yang berbunyi diatas lemah periwayatannya dan ia adalah maudhu' (palsu), dan tidak boleh dijadikan nas menetapkan hukum.
Islam tidak pernah melarang umatnya memperingati Rasulullah saw. Bagi mereka yang ingin menyambut hari kelahirannya (iaitu hari Isnin) dan menghidupkan sunnahnya dianjurkan berpuasa pada setiap hari Isnin. Menyambut hari kelahiran Nabi saw bukanlah dilakukan seperti hari perayaan yang ada, iaitu Eid Al-Fitr dan Eid Al-Adha, akan tetapi ia cuma merupakan Hari Memperingati datangnya Nabi akhir zaman, penutup segala nabi. Seperti yang disebut oleh Ustaz Ziy@d, tidak ada amalan yang khusus bagi menyambut hari kelahiran baginda. Menurut pendapat Dr Ahmad Al-Sharabasi rh, seorang pensyarah Universiti Al-Azhar :-
Menurut Shiekh Abdul Khaliq Al-Sharif, seorang pendakwah di Mesir :-
Tambah beliau, tugas kita keatas Rasulullah banyak sekali. Secara ringkasnya adalah :-
wassalam
==============
1. Fatwa Islam Online. ÖæÇÈØ ÇáÇÍÊÝÇá ÈÇáãæáÏ ÇáäÈæí. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=38287
خيرالأمين