SJ-13-0039: MANDI SAFAR 2

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0039: MANDI SAFAR 2

Quote:
Apa itu mandi safar?

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Ini kepercayaan khurafat dan syirik. Dosa syirk tidak akan diampunkan oleh ALlah kecuali dia bertaubat.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah ayat 51:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

ana konpius pasaipa benda ni jadi syirik? sedangkan perbuatan tu bukan menyekutukan Allah. yang ana paham benda ni adalah jalan untuk bertaubat cuma diputuskan haram oleh majlis fatwa. takkan lah sampai jadi syirik?

tolong jawab kemusykilan ana. :roll:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0039: MANDI SAFAR 2

:salam

alhamdulillah.

Definisi Syirk

Ü Ãä ÇáÔÑß Ýí ÇááÛÉ åæ : ÇÊÎÇÐ ÇáÔÑíß íÚäí Ãä íõÌÚá æÇÍÏÇð ÔÑíßÇð áÂÎÑ . íÞÇá : ÃÔÑß ÈíäåãÇ ÅÐÇ ÌÚáåãÇ ÇËäíä ¡ Ãæ ÃÔÑß Ýí ÃãÑå ÛíÑå ÅÐÇ ÌÚá Ðáß ÇáÃãÑ áÇËäíä

- Bahawa perkataan syirk dari segi lughah membawa maksud mengambil menjadi sekutu (i.e: berkenaan seseorang mengambil seseorang lainnya menjadi sekutu di antara mereka)

Dikatakan dlm bahasa arab, “ÃÔÑß ÈíäåãÇ” (dia mengikuti mereka bersama-sama) – di mana dia dianggap sama sbg status dgn mereka; atau “ÃÔÑß Ýí ÃãÑå ÛíÑå“ (dia memperkenalkan sesuatu ke dalam hal ehwalnya) – apabila dia buat demikian 2 orang terlibat dalam hal itu.

Syirk ada dua jenis yakni syirk akbar (syirik besar) dan Syirk Asghar (syirik kecil) ( ÔÑß ÃßÈÑ ¡ æÔÑß ÃÕÛÑ ).

Apakah mandi safar termasuk dlm perkara syirk? Kita lihat intipati mandi safar?

Quote:
Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Mereka melakukannya dgn harapan menghapuskan dosa dan menolak bala dgn berpegang kpd amalan mandi safar itu. Ia adalah salah satu cabang syirk mana sedangkan Allah tidak membuat amalan tersebut sbg wasilah utk menghapuskan dosa ataupun menolak bala.

Amalan ini termasuk dlm golongan yg menggunakan tangkal dgn harapan agar Allah memberi perlindungan atas tangkal itu. Ini disebut dlm hadith S.A.W:

æãÇ ÑæÇå ÃÈæ ÏÇæÏ ( 3910 ) æÇáÊÑãÐí ( 1614 ) æÕÍÍå ¡ Úä ÇÈä ãÓÚæÏ ÑÖí Çááå Úäå ÞÇá : ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã : ( ÇáØíÑÉ ÔÑß ¡ ÇáØíÑÉ ÔÑß ¡ æãÇ ãäøÇ ÅáÇ ....)

Abu Daud dan At-Tirmidzi meriwayatkan (at tirmidzi mengatakan ia adalah sahih) bahawa Ibn Mas’ud R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiyarah itu syirk, tiyarah itu syirk.”

Apa maksud tiyarah itu? Tiyarah ini ialah kepercayaan merasa sial di atas satu benda, atas perkara itu menyebabkan Allah menurunkan sial.

Namun demikian, tiyarah ini tergolong dlm golongan syirk asghar. Syirk kecil. Kepercayaan mandi safar itu adalah syirk dgn beranggapan bahawa ia menolak bala dan menyucikan dosa sedangkan ia tidak disyariatkan Allah.