SJ-13-0067: Hadis maudu' dalam hujah janggut

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0067: Hadis maudu' dalam hujah janggut

assalamualaikum........

ana sudah emebaca fatwa yg diberikan oleh alqadhrawi tentang janggut.walau bagaimanapun beliau telah menggunakan hadith mauduk...dalam kitab halal wal haram fi islam...maka pada perkataan Dr Al Qaradhawi yakni..."Untuk itulah maka jenggot yang demikian boleh diambil/digunting kebawah maupun kesamping, sebagaimana tersebut dalam hadis rlwayat Tarmizi". Maka hendaklah diketahui bahawa hadith riwayat at-Tirmidzi yang diisyaratkan oleh Dr Al-Qaradhawi tersebut adalah hadith maudhu'(palsu) sebagaimana takhrij yang dilakukan oleh Al-Muhaddith Al-Albani di dlm kitabnya Ghaayatul Maraam fi takhrij Ahaadith Al-Halal wal Haram. Berkata Al-Albani berkenaan hadith yang diisyaratkan tersebut : Maudhu'(palsu), diriwayatkan oleh Tirmidzi dan lainnya dari Abdullah bin Amer bahawa Nabi saw pernah memotong janggutnya keraba terlalu lebat dan panjang. Tirmidzi berkata: "Hadith gharib". Saya(Albani) berkata : Di dalam sanad ini terdapat Amer bin Harun al-Balkhi, dia pendusta sebagaimana dikatakan oleh oleh Ibnu Ma'in dan lainnya. Lihat takhrijnya di dalam Silsilah Ahadith ad-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah (no. 288 ) terbitan al-Maktab al-Islami.

jadi adakah pendapat beliau boleh diterima padahal ia menggunakan hadith mauduk yg mana tidak boleh dijadikan hujjah!!

minta pandanagan ustaz2...

Re: hujah al-qadhrawi boleh ditakwilkan(hadith janggut-maudu

Jawab:

wsm

Saya akan buat terjemahan yg sahih dari Edisi dalam simpanan saya yg diterbitkan pada tahun 1985 oleh Pustaka Darul Makrifah, Cairo.

Karya asal Dr Qardhawi (alHalal & Haram) ini diterbitkan pada Ogos 1960 ketika Dr Qardhawi baru tamat BA program. Sedangkan dia mendapat phD pada tahun 1973. ini adalah karya pertama beliau secara serius dalam penulisan. pada masa itu Dr Qardhawi belum lagi menguasai ulum Hadis.

Dr Qardhawi menamakan bab ini: MEMELIHARA JANGGUT bukan mencukur janggut.

Terjemahan sdr alHakim:

Quote:
perkataan Dr Al Qaradhawi yakni..."Untuk itulah maka jenggot yang demikian boleh diambil/digunting kebawah maupun kesamping, sebagaimana tersebut dalam hadis rlwayat Tarmizi".

Terjemahan saya ialah:
" yang dimaksudkan dgn 'memelihara' janggut bukan bererti tidak boleh memotongnya (tidak sama dgn mencukur/shave) sama sekali, kerana janggut kadang2 mungkin sampai sangat panjang dan buruk serta mengganggu pemiliknya. Akan tetapi diperkenankan memotongnya apabila dirasai terlalu panjang dan lebat, sebagaimana diriwayatkan oleh hadis atTermidzi. "

Hadis keluaran atTermidzi ini dimaudhu'kan oleh Imam alAlbani (Sisilah adDhaifah no 288)

Walaupun hadis ini mawdhu' (palsu), Dr Qardhawi berikutnya membuat syarah panjang lebar topik ini dan dihujung bab ini Dr Qardhawi memilih hukum Makruh dalam mencukur janggut.

Namun kebanyakan ulama' salaf membolehkan janggut itu dipelihara, dirapi dan dipotong supaya tidak panjang. Bahkan Ibn Umar ra (seorang yg amat tekun meneliti sunnah RasuluLlah saw) mencekak janggutnya dan memotong jika ia terlebih.

Walaupun hadis Termidzi ini maudhu' dan tertolak sebagai dalil, tapi dari amalan salaf, janggut memang dijaga (dgn memotongnya dan dipelihara supaya ia tidak terlalu panjang berdasarkan athar dan amalan salaf.

sekian

thtl