SJ-13-0077 : harta pusaka

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0077 : harta pusaka

Para panel yg saya hormati....

saya ada beberapa kemushkilan.....

terdapat borang pembahagian harta pusaka....dalam borang tersebut di beri pilihan cara mewarisi harta pesaka....yg pertama adalah dengan cara faraid....yg kedua dengan cara bermuafakat....yg ketiga dengan cara merelakan hak kita di berikan kepada orang lain....

1.......soalannya....apakah cara berpakat tersebut dibenarkan mengikut hukum syarak.....(sebagai contoh semua waris berpakat tanah 1 di beri kpd si A....tanah 2 diberi secara berkongsi kepada si B dan si C....dan seterusnya...)

2.......sekiranya di benarkan untuk berpakat tanpa menggunakan faraid....tetapi salah seorang daripada adik beradik tersebut tak bersetuju untuk berpakat dan berkeras mahu menggunakan cara faraid....dalam persoalan ini cara yg bagaimana harus kita gunakan.....

terdapat enam keping tanah pusaka (berlainan geran) yg berlainan keluasan ....locality setiap tanah adalah berbeza...yg bermakna setiap tanah mempunyai nilai pasaran yg berbeza....waris yg berhak keatas tanah tersebut adalah lapan orang adik beradik 4 lelaki dan 4 perempuan.....

3.....apakah cara pembahagian adalah dengan cara dicampurkan kesemua keluasan enam keping tanah tersebut dahulu...kemudian di bahagikan mengikut faraid....

atau adakah...

4.....tiap tiap keping tanah di bahagikan mengikut bahagian masing2 secara faraid....yg bermakna tiap tiap geran tanah akan di kongsi oleh lapan adik beradik mengikut bahagian masing2 (kesemua adik beradik mempunyai bahagian masing masing di atas setiap keping geran geran tanah tersebut...)

sekian terima kasih....

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0077 : harta pusaka

Assalamualaikum,

Sebagai permulaan saya menjawab mengikut kadar kemampuan yang ada pada saya.InsyaAllah panel yang lain akan menambah dan membetulkanya jika terdapat kesilapan.

Soalan pertama:

Jawapan: Ya dibenarkan agihan dibuat secara sepakat jika semua redha begitu tanpa mengikut faraidh,

Soalan Kedua:

Jawapan: Bahagikan bahagian ahli waris yang tidak setuju mengikut faraidh dan selebihnya boleh dibahagikan mengikut sepakat ahli waris.Malah ahli waris boleh menarik diri dari bahagian faraidh secara redha .Kes ini dipanggil al-Takharuj dalam faraidh.

Soalan ketiga:

dapatkan nilian pada keseluruhan harta samada melalui penilai swasta atau nilaian mengikut Pejabat Tanah pada keseluruhan nilai harta.Perkara ini penting kerana nilai hartanah tidak sama jika lokasinya tidak sama,dan ianya tertakluk pada sekatan oleh Kanun Tanah Negara mengenai nama dalam suratan hakmilik(geran) ataupun tertakluk pada had minima keluasan hartanah tersebut untuk dipecah lot .Perkara ini perlu dibuat samada agihan berdasarkan faraidh atau agihan secara sepakat.Memudahkan agihan harta dibuat

Soalan keempat:

lihat jawapan diatas.