SJ-13-0136 : apakah hukumnya?

7 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0136 : apakah hukumnya?

assalamualaikum kepada semua antum!

saya yang jahil ini ingin bertanya; apabila kita membaca Al-Qur'an surah
Al hujuraat ayat pertama & Al Hadiid ayat 16 kita akn mengetahui perintah Allah seterusnya kita membaca surah Al Insaan ayat 8 hingga 10 tetapi kita amalkan sebaliknya dengan itu saya ingin mengetahui hukumnya dalam perkara ini. maaf! saya tidak pandai berbahas arab, nahu juga sebab nuzul ayat ayat ini.
setiap perkataan, perbuatan dan amalan kita akan diperlihatkan semuanya dialam akhirat kelak. :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0136 : apakah hukumnya?

:wassalam

sebenarnya soalan anda tu tak berapa jelas.

Cuba kita lihat ayat2 tersebut sepintas lalu akan terjemahan harfiyahnya:

AQT 49:01 (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kpd ALlah)

AQT 57:16 (Belumkah datang waktunyabg orang2 yg beriman, utk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kpd kebenaran yang telah turun, dan janganlah mereka spt orang2 yg sebelumnya telah diturunkan alKitab, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. dan kebanyakan di antara mereka adalah orang2 yang fasiq)

AQT 76: 8-10 (Dan mereka memberikan makanan yang disukai kpd orang miskin, anak yatim dan tawanan, sesungguhnya kami memberi makanan kpdmu hanyalah utk mengharapkan keridhaan ALlah, kami tidak mengkehendaki balasan dari kamu dan tidak pula ucapan terimakasih. Sesungguhnya kami takut akan azab suatu hari yang suram, penuh kesulitan dari Tuhan kami)

Mula-mula kita akan lihat tafsirnya....tbc

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0136 : apakah hukumnya?

alHujurat ayat 01:

asbab nuzul ialah dari Qatadah ra, bahawa ada segelintir sahabat yang bercakap-cakap, " duhai, alangkah bagusnya jika turun ayat begini, begini." "jika betul begini, sepatutnya begini" (Tafsir Ibn Kathir, 4/205, Tafsir Ibn Jauzi (Zaad alMasir 7/454)

fiqh al aayat:

kata Ibn Abbas, maksud ayat ini ialah jangan kamu berkata menyelisihi AQ dan Sunnah. Huraian lanjut Mujahid (murid Ibn Abbas), jangan kamu berfatwa tentang sesuatu atas RasuluLlah saw sehingga Allah memutuskan ia melalui lisan baginda (sunnah)."

Kata Ibn Kathir, adab yang benar bagi orang beriman ialah sebagaimana ikrar Mu'adz bin Jabal ra ketika beliau menerima watikah perlantikan ke Yemen, bahawa dia akan berhukum dengan AQ, kemudian asSunnah dan selepas itu barulah ijtihad beliau. jika sekiranya Mu'adz menyebut dia mendahului ijtihadnya, maka itulah maksud mendahului Allah dan Rasul-Nya. (hadith sahih dikeluarkan oleh Ahmad, Abu daud, atTermizi dan Ibn Majah)

bagaimana mengamalkan ayat ini sekarang?

iaitu baik dalam kehidupan bernegara, masyarakat, keluarga dan peribadi, kita hendaklah mendahulukan hukum Allah dan Rasul-Nya bukan hukum (akal-fikiran-nafsu) kita sendiri

macam mana setakat ni sa51?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0136 : apakah hukumnya?

Tafsir alHadiid: 16

Ibn Abi Hatim berkata dari Ibn Abbas ra, bahawa ayat ini turun selepas golongan salaf assoleh beriman selama 13 tahun, barulah diturunkan ayat ini utk menegur mereka. Imam Muslim dari Ibn Mas'ud pula meriwayatkan bahawa ayat ini turun selepas empat tahun beriman.

Fiqh alAayat:

Menurut Ibn Kathiir, ayat ini melarang orang beriman menyerupai yahudi dan nasrani yang mana hati mereka telah menjadi keras kerana setelah berlalunya masa, mereka mengubah kitab Allah, banyak bertaklid kepada pendeta2 mereka dan enggan menerima nasihat.

Maka sekarang pun, umat Islam setelah berlalunya 1426 tahun, maka mereka telah menjadi jumud, banyak bertaqlid dan enggan menerima pembaharuan dan pemurnian kerana hati telah menjadi keras.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0136 : apakah hukumnya?

tafsir S. alInsaan: 8-10:

Berkata alQurthubi, ayat ini ayat umum, diturunkan kepada orang yang melakukan kebajikan, berbakti dgn penuh dedikasi (tafsir alMunir), berkata Ibn jarir dari Ibn mundzir, bahawa ayat ini turun menceritakan Nabi saw tidak pernah menawan orang Islam, bahawa tawanan baginda semuanya orang kafir dan semuanya diperlakukan dengan baik sekali.

Fiqh alAaayat:
ayat ini menganjurkan umat Islam giat terlibat dalam kerja2 amal dengan penuh keikhlasan.

Rumusan

Bila kita baca alHujurat ayat 1, kita ditegah mendahului Allah dan Rasul-Nya, manakala ayat 16 alhadid pula, kita diperingatkan gejala Bani israil yang mana hati mereka menjadi keras kerana telah meminda kitab Allah, banyak bertaqlid dan enggan menerima nasihat, tasyfiyah dan tarbiyah.

Manakala ayat 8-10 surah alInsaan pula mengenai amal kebajikan umum yang dianjurkan ialah membayar nazar, memberi makan dan perlindungan kepada anak yatim, orang yg tidak bernasib baik dan tawanan perang dengan penuh ikhlas.

sa51 ingin bertanya apakah hukum jika mengamalkan terbalik dari ayat2 itu, misalnya, dalam alHujurat ayat 1, kita mendahului Allah dan rasul-Nya,. kita mendahului hukum manusia dari hukum Allah, maka ini adalah kefasikan, kekufuran dan kezaliman. kemudian kita meminda ajaran ayat2 suci, meninggalkan ajarannya, jumud dan bertaqlid sekian lama.

ahat 8-10 surah alInsan juga dicabuli, banyak orang miskin, yatim yang diabaikan, kalau mereka menolong pun tidak ikhlas harapkan masuk TV dan akhbar aje, begitu juga layanan terhadap tawanan perang dan banduan juga amatlah menyedihkan. USA adalah juga menjadi juara dalam menyiksa tawanan perang orang Islam.

sekian

sa51 (not verified)
SJ-13-0136 : apakah hukumnya?

:salam

SYUKRAN diatas penjelasan. soalan tambahan dan jika kita membaca ayat 8 hingga10 dari surah al insan itu kita diperintah memberi makan masa kita hidup tetapi amalan kita sekarang memberi makan hanya setelah berlaku kematian > tahlilan dan sebagainya dan tidakah ini bertentangan perintah ayat tersebut.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0136 : apakah hukumnya?

:wassalam

Komen:

Benar, kita boleh guna ayat 8-10 itu utk mematahkan hujah golongan yang sering menganjurkan majlis selamatan dan kenduri arwah. Tapi sudah tentu mereka akan menolak dan akan mendatangkan pelbagai hujah utk mematahkan dalil dari ayat ini. Bab kenduri arwah dan tahlil ke atas mayyit tu amat sensitif sekarang ni...