SJ-13-0195 : Huraisy : dongeng atau sahih???

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0195 : Huraisy : dongeng atau sahih???

Salam...

Syeikh2 ahkam, nak tanya psl crita nie (dapat dp orang forward);

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak." ..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat

....sahih ker dongeng???jkk

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0195 : Huraisy : dongeng atau sahih???

:wassalam

ÇáÌæÇÈ

Agak lama juga kami mencari akan haiwan bernama Huraisy ni, tapi tidak ditemui. yang diceritakan ialah keluarnya binatang dari perut bumi menjelang Kiamat. Dalilnya ialah QS an-Naml 27:82 ("dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi."..hingga akhir ayat).

Keluarnya binatang ajaib ini termasuk dalam 10 tanda-tanda besar Kiamat.

Manakala cerita yang anda dapat itu amat pelik sebab bila hari Kiamat sudah berlaku, maka manusia akan dihisab oleh Allah sendiri dan bukannya oleh binatang. kami menilainya sebagai cerita dongeng.