Ana cuma nak tahu,mana la tahu ade tarekat yg diiktiraf oleh aswj.
cth mcm tarekat sanusiyyah di utara afrika,tu boleh pakai ke?
ade satu ustaz di sini kata puncanya ade tarekat krn nak bentuk satu tentera islam yg ideal.lagi satu dia kata hasan nasrallah pemimpin hizbullah tu cucu nabi.iyeke??
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-13-0198 : APAKAH TAREKAT YG BENAR DI SISI ASWJ???
Primary tabs
Wed, 06/09/2006 - 8:34pm
#1
SJ-13-0198 : APAKAH TAREKAT YG BENAR DI SISI ASWJ???
alJawab:
Kami mohon ma'af kepada Islam 4 All kerana membiarkan soalan ini tersadai. Ana ingatkan masyaikh lain yang akan jawab spt Ust Alitantawi ke yang lebih pakar dalam kajian tasawuf. Oleh kerana beliau mendiamkan diri, maka ana cuba jawablah sekadar yang ringkas:
1) Tareqat yang diiktiraf oleh ASWJ.
Tareqat vs Tasawwuf. Tareqat ialah maksudnya ialah jalan. Tasawwuf pulak maksudnya pembersihan keruhanian (fiqh al-batin). Dr alQardhawi (Fatawa Mu'sirat) mengiktiraf keujudan tasawwuf sebagai satu cabang keilmuan Islam. Maka hubungkait antara tareqat dengan tasawwuf ialah tasawwuf merupakan teori atau manhaj meningkatkan kualiti keruhanian dan tareqat ialah cara atau amalinya. Jika dikatakan si fulan beramal dgn tareqat Naqsyabandi, maksudnya si fulan itu bukanlah beramal dengan tasawwuf naqsyabandi, tapi menuju alam tasawwuf dengan menggunakan metod naqsyabandi. Tasawwuf adalah objektif, manakala tareqat adalah jalan menuju tsawwuf.
Dr MAZA dalam buku nipisnya "menilai Tarikat dan Kesufian dgn Syari'at ALlah" terbitan Karya Bestari pula Tasawwuf ini tidak dikenali di zaman sahabat kerana tasawwuf dan tareqat itu sudah ada dalam AQ dan Sunnah dan bukan terpisah keluar sebagai satu metod dan jalan yang khusus.
Beliau menjelaskan tareqat itu dinilai menurut acuan ASWJ, jika ia bertepatan, maka ia adalah tareqat ASWJ, jika tak ujudpun tareqat dan tasawwuf pun tidak menjadi apa-apa hal dalam Islam. syarat utama tareqat ialah: tawhid dan ibadah yang benar.
Imam Ibn Taymiyah pulak mengambil sikap yang sederhana terhadap tareqat dan tasawwuf ialah tareqat itu diterima selagi mana mereka terikat dengan al-Qur:an dan asSunnah (Majmu' Fatawa: 2/472)
Rumusan: Jika diajukan soalan, apakah tareqat yang diiktiraf oleh ASWJ? jawabnya jika ia berada di atas al-Qur:an dan asSunnah, yakni metod meningkatkan akhlak dan keruhanian ahlinya selaras dengan kehendak Islam spt taqwa dan zuhud, maka ia adalah tareqat sunniah.
2) Tareqat Sanusiah
Menjadi satu amalan yang baik bagi kami ialah kami tidak menghukum kumpulan tareqat secara personal atau specific kepada mana-mana aliran tareqat spt sanusiah di Afrika Utara, melainkan kita beri panduan secara umum: Dr MAZA memberi 4 panduan yang mudah utk kita gunakan dalam menilai ajaran mana-mana tareqat:
a. Apakah mereka bertanggungjawab menjaga fakta-fakta agama kita (al-Islam). Maksudnya mereka memiliki kesungguhan memeriksa kesahihan khabar, atsar dan hadith nabawi.
b. apakah mereka bersungguh menjaga kesahihan dalam manhaj talaqqi (kaedah dlm sumber dan cara mengambil makumat) Ini juga sambungan dari # 1 di atas tapi lebih khusus dalam memeriksa sanad maklumat. (ini banyak ditumpukan kpd isu laduni, kasyaf, mimpi, firasat dan ilham)
c. apakah mereka ada membuat tafsiran-tafsiran anih dan pelik terhadap agama? Kalau ada teori-teori pelik dari mana-mana tareqat, maka kita kena cek dan pastikan, antaranya cara mereka mentakwil al-Qur:an dan alhadith.
d. Bagaimana sikap mereka terhadap guru dan mursyid atau wali dalam ras tareqat tsb. yang perlu diperhatikan ialah sikap ghuluw atau melampaui dalam memuliakan syaikh baik semasa syaikh masih hidup dan selepas wafatnya.
Tareqat Sanusiah di Afrika Utara lebih dikenali sebagai gerakan tajdid atau pemurnian Islam. Ia diasaskan oleh Syaikh Sayyid Mohd Ali alSanusi (w. 1275H atau 1859 M), anak kelahiran Algeria mendapat semangat pembaharuan ketika menetap di Mekah dan ia menerima ajaran salafiah oleh syaikh Muhammad Abdul Wahab. Ia kembali ke Afrika Utara dan mendirikan sistem Zawiya (pesantren) dan melakukan tajdid agama dan membina kekuatan untuk melawan penjajah terutama Itali dan Perancis yang menjajah Afrika Utara dan Inggeris di Mesir dan Sudan ketika itu.
Maka tareqat Sanusiah ini memang antara tujuannya ialah menyediakan tentera untuk mengusir penjajah dari bumi Islam. Ini juga dilakukan oleh HAMAS dan Hizbullah, gerakan ini memang menyediakan pasukan tentara (militia) untuk mengusir musuh dari bumi Islam. Tapi dakwaan tareqat Shuhaimiah atau al-Arqam menyediakan tentera mahdi itu adalah suatu dongeng dan khayalan.
3. Siapakah Hasan Nasrallah. Tidak banyak yang diketahui mengenai syaikh Hasan nasrallah pemimpin Hizbullah yg beraliran syi'ah di Selatan Lubnan. Ini kerana dunia syi'ah selalunya tertutup dari dunia sunni. Adapun dakwaan beliau adalah cucu Nabi adalah tidak berasas sama sekali kerana cucu Nabi hanyalah al-Hasan dan al-Husin sahaja. Kalau ada yang mendakwa di abad 21 ini sebagai cucu Nabi saw, maka sudah tentulah ia suatu dakwaan yang anih sekali.
sekian