SJ-13-0216 : Pedoman Orang Mukmin- Imam Ghazali

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0216 : Pedoman Orang Mukmin- Imam Ghazali

Di dalam kitab tersebut, Imam Ghazali ada meriwayatkan Hadith yang dimana Rasullullah s.a.w bersabda, " Janganlah kamu himpunkan namaku dengan gelaranku" Di sana tidak ada penjelasan dari Imam Ghazali.

Adakah ini bermakna kita tidak boleh menamakan anak anak kita dengan nama Muhammad Al Mustafa, ataupun Muhammad Al Amin. dll

Mohon pencerahan.

wassalam

SJ-13-0216 : Pedoman Orang Mukmin- Imam Ghazali

ÇáÌæÇÈ
alJawab

matannya:

áÇ ÊÌãÚæÇ Èíä ÇÓãí æßäíÊí (la tajma'uu baina ismii wa kunyatii)

Ia dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Musannifnya dari dua jalur: satu dari Abu Hurayrah, bertaraf hasan (silsilah alSahihah al-Albani # 2946) dan satu lagi bertaraf sahih dalam Sahih alJaami' #7231 dari Ummu Abdul Rahman bte Abu Amrah

Fiqh alHadith:

Maksud gelaran atau kunyah Nabi SAW ialah Abul Qasim. Maka jika kita ada anak, maka dilarang menggabungkan nama Nabi SAW dan kunyahnya sekali gus, cth: Muhammad Abul Qasim atau Abul Qasim Muhammad.

Adapun nama spt alMustafa, atau al-Amin, itu bukan kunyah, tapi adalah nama julukan. Cth: Imam Muhammad bin Idris alSyafi'iy, al-Syafi'iy itu nama julukan. Kunyah ialan nama kemuliaan yang menggunakan Abu atau ummu selalunya dinisbahkan kepada anak sulong.

Hukum penggunaan nama Nabi saw dan kunyahnya sekali gus (Abul Qasim) terdapat khilaf fiqh alhadith. Imam Syafi'iy berpendapat makruh, Hanbali haram dan Malikiah harus kerana larangan itu adalah untuk ketika Nabi hidup sahaja untuk mengelak kekeliruan identiti. Bila Nabi wafat, maka tiada larangan lagi.

Rumusan:

menggabungkan nama spt Muhammad alMustafa tidaklah dimaksudkan oleh hadith tsb, yg dimaksudkan ialah kunyah yg khusus buat Nabi saw, Abul Qasim

Hukum pemakaian nama Nabi dan kunyahnya (Abul Qasim) adalah khilaf dalam fiqh alhadith yang tidak dapat dihapuskan khilafnya kerana fuqaha'mempunyai hujah yang sama kuat. (Ruj: Tuhfah alMaudood oleh alHafidz dan Syaikhul Islam Ibn Qayyim alJawzea.