SJ-13-0246 : swimming tights

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0246 : swimming tights

:salam

InsyaAllah sy x lama lagi akan menyambung pengajian di peringkat a-level di salah sebuah kolej. salah satu aktiviti yg diwajibkan bg penuntut kolej adalah swimming. soalan saya di sini boleh ke pakai swimming tights?mungkin yg panjangnya melebihi lutut boleh dicari tapi confirm seluar tu ketat.(waktu latihan renang bagi lelaki dan perempuan adalah diasingkan) :eeeek:

SJ-13-0246 : swimming tights

:wassalam

al-Jawab:

Jangan lepaskan peluang tsb kerana sukan renang merupakan sukan yang disebut oleh Nabi saw sendiri. Dari Atha' bin Abi Rabah, bahawa Nabi saw bersabda: segala sesuatu yang tidak termasuk zikir kepada Allah adalah permainan dan kelalaian kecuali empat perkara: orang yg belajar memanah (archery), meningkatkan ketangksan, menunggang kuda, senda-gurau dgn keluarga dan yang mengajari renang." [Hr anNasa'iy, alMundziri, alTabrani, dan alBaihaqi] tahqiq: al-Qardhawi mensahihkan dalam alMuntaqa (689) dan al-Albani, silsilah al-Sahihah (315)

Mengenai attire atau pakaian renang, al-Qadhawi berkata, yang perlu dijaga ialah aurat yg vital (dalam madzhab Maliki dinamakan aurat mughallazah atau aurat yg berat, yakni kemaluan lelaki), maka swimming trunk tu dah memenuhi syarat. (al-Qardhawi,Fiqh al-Lahw/90)

Lagipun, aktiviti swimming itu (menurut anda) adalah sesama lelaki sahaja dan kebanyakan aktiviti renang berlaku dalam air, maka aurat vital sentiasa terlindung. WA
sekian