SJ-13-0260 : perhiasan bg lelaki...

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0260 : perhiasan bg lelaki...

assalamualaikum....

sy ade bbrapa persoalan .

1) bgmana kah perhiasan bg lelaki yg diharuskan oleh syariat ? klu ade dalil lg bagus.. coz sekrg ramai yg pki gelang berbiji2 tu , gelang 'mekah' dan mcm2 bentuk . begitu juge pemakaian rantai ... mcm2 alasan yg depa bg utk 'menegakkan keharusan ' memakainya. Yg sebenar bagaimana ?

2) klu di sekolah pula pel. lelaki suke pki cincin . sedangkan peraturan pki x boleh . depa akan cakap ' ikut sunnah ' . camne ye nak berhujah ? coz peraturan sekolah ttp x membenarkan.

syukran kpd sesape yg menjawab ::lol:

SJ-13-0260 : perhiasan bg lelaki...

saya akan jawab soalan kedua...

pemakaian cincin sememangnya ada dalilnya dalam hadith-hadith sahih. terbukti Rasulullah SAW memakai cincin di tangan kanan pada jari kelingking. terbukti juga bahawa sahabat ada yang memakai cincin pada tangan kanan dan jg tangan kiri. namun ia bukanlah satu sunnah yang disuruh oleh Rasulullah SAW. maka ia bukanlah satu perkara yang sangat dituntut. ikut je la peraturan sekolah. itu adalah utk mengawal.
Tambahan thtl antara dalilnya dari Anas, bahawa Nabi saw mengenakan sebentuk cincin yang terukir Muhammad RasuluLlah [Bukhari: 5537, Muslim:2092]

Pelengkap jawaban dari thtl
soalan #1:

Dalil perhiasan lelaki ialah yang tidak menyerupai perhiasan wanita.

dalilnya: " janganlah mereka (wanita Islam) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak dari mereka." AQT 24:31

Perhiasan lelaki mestilah tidak sama dengan wanita. Dalam hadith Abu Daud dari Abu Hurayra, " Allah melaknat wanita yang berpakaian menyerupai lelaki atau sebaliknya (lelaki yang menyerupai wanita), kitab libas.

Gelang, anting-anting dan rantai leher adalah perhiasan wanita yang sudah maklum, maka terlaknatlah lelaki yang cuba menyerupai kewanitaan dalam berhias. Mereka boleh bercincin dan memakai jam tangan, itulah perhiasan lelaki yang dibenarkan.

Pakai gelang, anting2, rantai leher dan body piercing adalah menyerupai kaum bukan Islam, di sini, Islam juga melarang kita menyterupai mereka dalam hadith Abu Daud dalam kitab libas, " sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong dalamnya."
Ini menunjukkan umat Islam ada jatidiri mereka sendiri dan tidak boleh meniru budaya bangsa lain yang tidak beriman. WA

SJ-13-0260 : perhiasan bg lelaki...

Alhamdulillah. Saya sengaja membuka posting baru dibuka agar SoalJawab ini menjadi terkini sedikit. Satu tambahan dari saya :-

Lelaki juga diharamkan memakai emas dan juga sutera. Dari riwayat Ali bn Abi Talib ra. :

Ãäøó ÇáäóÈöíøó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃóÎóÐó ÍóÑöíÑðÇ ÝóÌóÚóáóåõ Ýöí íóãöíäöåö ¡ æóÃóÎóÐó ÐóåóÈðÇ ÝóÌóÚóáóåõ Ýöí ÔöãóÇáöåö Ëõãøó ÞóÇáó : Åöäøó åóÐóíúäö ÍóÑóÇãñ Úóáóì ÐõßõæÑö ÃõãøóÊöí
dir="ltr">"bahawa Nabi :saw mengambil satu helai sutera ditangan kanannya dan sekeping emas di tangan kirinya dan bersabda : Dua benda ini adalah haram bagi lelaki dikalangan umatku" [Hadith Riwayat Abu Daud #4075, al-Nasaa'i #5144 dan Ibn Maajah #3595].

Sekian, wassalam

خيرالأمين