SJ-13-0298 : masalah khinzir...

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0298 : masalah khinzir...

:salam

sejak isu babi menjadi riuh timbul bbrapa persoalan dari org awam . Mohon penjelasan dr para panel sekelian :

1 ) Apa hukum membunuh babi ? Sebagai cth kes di Melaka itu. Ada yg mengatakan ia sunat ? ::roll:

2) Apakah hukum doktor haiwan membantu dlm merawat kuda yg digunakan utk perjudian ? Bagaimana dgn upah yg diambil ?

3) Bagimanakah pula sekiranya dr ini membantu penternak ttg cara / penerangan bagaimana memperluaskan pembiakan babi ?

4) Adakah benar sekalipun babi adalah makhluk ALLAH jua ttpi dia tdk boleh dilayan 'baik' seperti haiwan lain ? diqiaskan dgn syaitan dan jin.

syukran...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0298 : masalah khinzir...

:wassalam

al-Jawab:

1) Hukum membunuh babi tidak dinyatakan dalam syari'at kita. Cuma panduan membunuh haiwan dalam Islam ialah binatang yg memudharatkan kita seperti tikus, kutu, anjing liar, lalat, nyamuk, cicak boleh dibunuh (Fiqh Sunnah, sayyid sabiq)...adapun babi, ia juga memudharatkan manusia, tabi'atnya yg jijik dan kotor, ia membawa penyakit kepada manusia, baik secara kesihatan (bila memakan dagingnya) dan juga menjadikan pemakannya memiliki tabi'at yg keji dan buruk. Yang paling ketara penternakan babi juga memusnahkan alam sekitar dengan merosakkan eco-system terutamanya udara dan punca air bersih manusia. (Fatwa Syaikh Ibn Baaz, Fatawa Islamiah, 3/395)
Cuma membunuh babi di Melaka bukan sunat kerana ia milik rakyat negara dan mereka memiliki permit yg sah untuk menternak babi dari Pemerintah. Cuma mereka telah menternak melebihi quota yg dibenarkan dan gagal memenuhi piawaian penjagaan alam sekitar. Maka pada ketika itu Pemerintah berhak membunuh atau memusnahkan lebihan babi tersebut. Ini adalah urusan pemerintah dan bukan jatuh hukum sunat membunuh babi Melaka ke tangan rakyat Melaka.

2. Doktor Haiwan boleh merawat sebarang jenis kuda tanpa perlu menyelidiki apakah tujuan kuda itu akan digunakan kerana ini menyalahi etika kerjaya mereka. Yang tidak boleh ialah Dr Haiwan itu bekerja dengan stable yang menternak kuda khusus untuk perjudian. itu baru tak boleh, tapi jika dia membuka klinik haiwan yang menerima semua jenis kuda, maka secara etika profesion, dia tidak boleh menyelidiki tujuan kuda itu akan digunakan.Ini panduan dari Dr Qardhawi dalam Fatawa Mu'asirat

3. Dr Haiwan Muslim yang membantu penternak babi untuk meningkatkan hasil penternakan babi. Jawab: Ini tidak boleh sebab orang Islam tidak boleh mendokong atau memberi saham kepada apa yg diharamkan oleh Allah. Ia diqiaskan dengan hadith yg melaknat 10 orang yg terlibat dalam industri arak, dari orang yg menanam anggur hingga kepada pelayan atau bartendernya.

4. Benar sekali. Ini kerana babi adalah haiwan yg paling jijik pernah ujud di atas mukabumi. Maka sewajarnya haiwan ini tidak dibenarkan untuk diternak kerana kemusnahan yang dibawanya. sekian