SJ-13-0307 : Tertekan(urgent)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0307 : Tertekan(urgent)

Salam,
1)Apakah salah dalam islam jika saya didalam hati ini mengatakan itu dan ini salah terhadap perbuatan yang berlaku di sekeliling saya terutamanya dalam ibadah yang setakat pengetahuan saya tiada sumber dari al-quran n sunnah shahih atau sunnah yang boleh beramal dgnnya?

2)Bagaimana pula jika org yang melakukan segala amalan yang menyanggahi sunnah itu merasakan yang perbuatannya itu adalah betul(sunnah)menurut pengetahuannya,tapi bila kita rujuk ternyata salah apa yang diamalkannya?

3)Bagaimana sekiranya saya yang amat daif ini tidak mampu menegurnya tapi sekadar mampu melekatkan artikel yang boleh menjelaskan sesuatu hal itu,adakah saya terlepas dari tanggungjawab yang terbeban bagi orang yang mengetahui?

4)Apakah wajib keatas saya menegurnya lagi setelah menegur atau melakukan sesuatu penerangan samada melalui email/melekatkan artikel?

Saya selalu tertekan dengan suasana disekitar saya seolah-olah terbeban keatas saya disebabkan saya mengetahui yang perbuatan itu adalah salah hasil dari perbuatan yang dilakukan oleh orang lain yang menyanggahi sunnah rasul saw?Minta penjelasan ahli panel sekalian....

SJ-13-0307 : Tertekan(urgent)

:wassalam

alJawab:

1) Suara Hati itu adalah baik buat anda. Ini menunjukkan hati anda sudah hidup dan mampu membuat penilaian terhadap apa jua yg lari dari landasan ibadah. Dalilnya: dari Wabishah bin Ma'bad ra, (dosa ialah apa yg menyesakkan nafas dan berdebak-debuknya di dalam dada) Sahih alMisykah, 2705

2) Itu memang sifat orang awam. Ini kerana mereka mengamalkan budaya taqlid kepada warisan moyang mereka. Dalilnya: (tetapi kami hanya mengikuti apa yg kami terima dari nenek moyang kami) AQT 2:170

3) Nabi saw telah menggariskan metod Fiqh Ingkar atau mencegah mungkar: jika kita ada kuasa, kita ubah dgn kuasa, jika kita mampu dgn lisan atau media, gunakan media, dan jika kita tidak mampu juga, ialah dgn suara hati. Menampal artikel termasuk kemampuan tahap pertengahan.

4) Dakwah dan perbaikan ini adalah tugas bersama. Dalilnya: (Hendaklah ADA di antara kamu segolongan umat yg menyeru kepada kebaikan, menyuruh yg makruf dan mencegah mungkar) AQT 3:104
Maka kita kena bersama dengan jama'ah atau kumpulan, barulah kita dapat melakukan gerak kerja dgn sistematik dan berhemah. Tidak boleh fikir sorang-sorang kerana kebatilan juga berkumpulan dan berorganisasi.

sekian