SJ-13-0313 : Permasalahan i`tikaf

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0313 : Permasalahan i`tikaf

:salam

Apabila memasuki masjid dan terus menunaikan solat jemaah, baru tersedar ttg niat i`tikaf. Dlm solat tu kalau terus niat i`tikaf boleh ke?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0313 : Permasalahan i`tikaf

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Sebagaimana didalam sebuah sahih Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi :saw bersabda : Setiap amalan bermula dengan niat.., maka perlu dibezakan diantara 2 ibadat ini; Solat dan Iktikaf.

Ibn Hazm berkata : setiap orang yang berada didalam masjid dengan niat mendekatkan (Taqarrub) diri kepada Allah sudah dikira melakukan iktikaf.

'Atha' berkata : Iktikaf adalah jika seseorang itu duduk di masjid dan mengharapkan kebaikkan sudah di anggap sebagai orang yang beriktikaf atau melainkan sebaliknya. [al-Muhalla, 3/412].

Jika anda ada terdetik dihati semasa sampai di masjid untuk melakukan iktikaf (atau sebagaimana definasi diatas), maka iktikaf itu telah dianggap sah. Jika tidak terlintas langsung, lakukanlah selepas solat berjemaah tadi. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين