:salam
1. Adakah benar pendapat bhw nama Muhammad adalah nama yg sebaiknya diberikan kpd anak lelaki? Adakah ini bersumberkan nas atau hanya bersandarkan bahawa nama Muhammad itu adalah sama dgn nama Rasullullah s.a.w.
2. Adakah benar pd akhirat nnt sesiapa yg bernama Muhammad akan dipanggil dahulu utk dihisab di padang mahsyar?
3. Bagaimana pula dgn nama utk bayi perempuan? Adakah ada pendapat bg nama terbaik yg disarankan oleh nas2 yg soheh?
JKK...
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1. Memberikan nama anak dengan nama Muhammad, adalah suatu yang digalakkan, kerana ia adalah nama yang mengingatkan kita kepada Nabi, sifat-sifatnya dan akhlaknya. Di dalam hadis, Nabi bersabda: "Namakanlah dengan namaku dan jangan berkun-yah (gelaran) dengan kun-yahku.
HR Bukhari (no: 3345) dan Muslim (no: 2131).
Dalam kitab 'Tasmiyatul Maulud' (menamakan anak) karya Syeikh Bakar Abu Zaid, membuat turutan tertib nama-nama yang paling digalakkan, iaitu:
i- nama: Abdullah dan Abdul Rahman
ii- nama yang dimulakan dengan Abdul, spt: Abdul Bari, Abdul Malik dll
iii- nama para Nabi dan Rasul, dan semulia2 Nabi ialah: Muhammad
iv- nama orang-orang soleh spt nama para khalifah yang empat, nama syuhada' dll.
v- nama-nama lain yang memberi makna yang sesuai dengan seorang insan.
rujukan:
-Tasmiyatul Maulud, Bakar Zaid 32-37
2. Ada disebut dalam sesetengah kitab Khasais, satu hadis "Apabila tiba hari Kiamat, ada penyeru yang menyeru: Bangunlah sesiapa yang namanya Muhammad, dan masuklah syurga, kerana memuliakan Nabi Muhammad SAW".
Walaubagaimanapun, kaedah yang diletakkan oleh Ibn Taimiyyah: setiap hadis berkaitan kelebihan menamakan dengan nama Muhammad adalah PALSU.
rujukan:
-Jamik al-Ahadith al-Qudsiyyah 2/325
3. Setiap ibu bapa bebas memberikan nama yg sesuai bagi anak perempuan mereka. Dan seelok2nya berikanlah nama wanita2 solehah, spt: para isteri Nabi SAW, wanita solehah yg disebut dlm Quran spt: Maryam, atau para sahabiyyah lain, atau apa sahaja nama yang memberi makna yang baik dan sesuai dengan seorang wanita.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com