SJ-13-0343 : hukum bertepuk tangan&rasuah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0343 : hukum bertepuk tangan&rasuah

assalam mualaikum wrt, harap dapat menyelesikan masalah saya , apa kah hukum bertepuk tangan, sebab sebelom ni saya ada dengar syaitan akan bertelur kalau orang bertepuk tangan, dan kalau tepuk belakang kedua2 tangan telur dia pecah.
lagi satu apakah hukum ambil dan makan rasuah? sekian wassalam .

SJ-13-0343 : hukum bertepuk tangan&rasuah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Hukum Tepuk Tangan

- Dalam solat: Jika ia dilakukan dalam solat kerana maslahat spt menegur imam, maka dibolehkan bagi wanita dan dilarang bagi lelaki. Kerana hadis: "Tasbih adalah untuk lelaki dan bertepuk tangan adalah untuk wanita". HR Bukhari (no: 1145) dan Muslim (no: 422).

- Di luar solat. Iaitu bertepuk tangan dalam majlis-majlis keramaian, contohnya apabila diumumkan pemenang, atau diumumkan suatu kecemerlangan, maka para hadirin bertepuk tangan.

Ada pendapat mengatakan ia dilarang, samada makruh atau haram. Kerana dikatakan: ia menyerupai amalan Jahiliyyah yg disebut dalam Quran:

æóãóÇ ßóÇäó ÕóáÇÊõåõãú ÚöäúÏó ÇáúÈóíúÊö ÅöáøóÇ ãõßóÇÁð æóÊóÕúÏöíóÉð ÝóÐõæÞõæÇ ÇáúÚóÐóÇÈó ÈöãóÇ ßõäúÊõãú ÊóßúÝõÑõæäó
Maksudnya: Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu. (Al-Anfal: 35).

Ada pendapat mengatakan ia harus, kerana tradisi bertepuk tangan dalam majlis-majlis keramaian adalah satu adat yang berleluasa hatta di kalangan umat Islam. Ia tidak sama dengan amalan jahiliyyah, kerana Jahiliyyah bertepuk tangan di sisi Kaabah sebagai satu qurbah dan ibadah. Manakala yang diamalkan dalam majlis keramaian, bukan dalam konteks ibadah. Pendapat ini dipilih oleh Syeikh Ibn Uthaimin rhm. Lihat fatwanya: http://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=FullContent&audioid=111766

Berkaitan syaitan bertelur disebabkan tepuk tangan dan pecah bila tepuk belakang tangan, ia tidak ada asal dan sumber.

Wallahu A'lam.

SJ-13-0343 : hukum bertepuk tangan&rasuah

2) Hukum Rasuah

Memberi dan mengambil rasuah adalah haram. Dan ia termasuk dalam dosa besar.

Dalam hadis Abdullah bin Amru r.a. Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah dan mengambil rasuah. HR Abu Daud (no: 3582), dan Tirmizi (no: 1337). Kata Tirmizi: Hasan Sahih.