SJ-13-0355 : TARIAN TRADISIONAL

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0355 : TARIAN TRADISIONAL

Assalamualaikum.

Baru-baru ini saya ada menyertai sebuah program community service di bumi kenyalang. Pada malam kebudayaan yang dianjurkan, penduduk kampung telah mengadakan sebuah persembahan tradisional di mana ada orang yang menyanyi dan memainkan alat dan ada orang yang naik ke atas pentas secara sukarela untuk menari.

Wajarkah tindakan memberi sokongan kepada tarian tersebut?(dengan bertepuk tangan)
Dan apakah hukum turut sama menari?(tiada percampuran antara lelaki dan perempuan)

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0355 : TARIAN TRADISIONAL

:wassalam

Kami tidak nampak sebarang masalah dengan malam kebudayaan yang anda sebutkan itu. Bahkan kita tahu kaum etnik di Sabah adalah kaum yang amat sukakan hiburan tradisional mereka. Nabi SAW bila menghadiri perkahwinan kaum Ansar pernah bertanya Aisyah, kenapa mereka tidak memainkan lahwun (pesta kebudayaan kaum Ansar). Nabi saw bersabda, " bukankah mereka (kaum Ansar) amat sukakan lahw (permainan kebudayaan)...(HR alBukhari)

Kita juga telah menggariskan lima syarat bagaimana sesuatu majlis hiburan itu harus dan boleh disertai. Ia ada rumusan al-Qardhawi tentang tajuk musik dan hiburan.

Syarat-syaratnya ialah senikata dan bait-bait nyanyian mereka tidak menyalahi dgn ajaran Islam
2. gaya mereka tidak mengundang maksiat
3. pesta tersebut tidak diselitkan dengan sesuatu yang haram spt perempuan seksi, percampuran bebas, minum samsu atau penggunaan dadah
4. Tidak berlebihan dalam pesta hiburan
5. kesan pesta kebudayaan itu kepada jiwa dan emosi penonton. jika ia menggugah emosi dan keimanan seseorang dan menyebabkan ia hanyut dan terdedah kepada fitnah, maka seyugianya dia segera menjauhi pesta dan majlis sperti itu...
Namun kami mendapati pesta kebudayaan sebegitu tidak menjadi apa-apa bahkan ia kemungkinan suatu penghormatan mereka kepada anda.

Ruj: Fiqh alGhina oleh al-Qardhawi, maktabah wahbah, thn 2001