SJ-13-0409 : siapakah mustafa 'abdul rahman??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0409 : siapakah mustafa 'abdul rahman??

1):salam siapakah mustafa 'abdul rahman?? beliau sudah meninggal dunia setahu ana...dan telah menulis buku hdith 40 terjemahan serta syarahan...terbitan dewan pustaka fajar..?? siapakah beliau..adakah dia juga salah seorang berjiwa tjdid didlm agama???

2)soalan ana lg..benarkah sahabat yg bernama ibnu 'umar x slh ana..melarang kita melagukan azan..??ana ade terbaca dlm fatwa solat.. melagukan yg mcm mn tidak diizinkan??

SJ-13-0409 : siapakah mustafa 'abdul rahman??

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab sekadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Maklumat mengenai Ustaz Mustafa Abdul Rahman :-

Quote:
Beliau ialah Mustafa bin Abdul Rahman bin Mahmud bin Mat Salleh. Beliau dilahirkan pada tahun 1917 di Gunung Semanggol. Bapanya seorang ‘ulama terkenal di Gunung Semanggol. Sementara ibunya ialah Maryam bt. Andak adalah berketurunan Jawa yang berasal dari Kuala Kurau. Beliau merupakan anak pertama daripada tujuh orang adik-beradik. Nama penuh beliau ialah Ustaz Mustafa Abdul Rahman bin Mahmud bin Saleh. Nama panggilan beliau ialah Pak Wa. Beliau juga digelar Mustafa Na‘im oleh Sheikh Abdullah Fahim.

Beliau telah memulakan pendidikannya di pondok al-Rahmaniah yang telah diasaskan oleh bapanya iaitu Haji Abdul Rahman Mahmud di Gunung Semanggol pada tahun 1918. Setelah itu, Ustaz Mustafa meneruskan pengajiannya di Sekolah Melayu Semanggol hingga ke darjah 5 iaitu kelas yang paling tinggi pada masa itu. Ustaz Mustafa mendapat pendidikan awal secara formal di Sekolah Melayu Gunung Semanggol. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya di peringkat menengah di Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar selama 6 tahun. Beliau sempat berguru dengan Ustaz Abdullah Fahim yang merupakan antara tokoh ulama yang terkenal pada masa itu.

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Ma‘had Ihya’ al-Syarif yang ketika itu ditadbir oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Ma‘had Ihya’ al-Syarif merupakan kesinambungan dari pondok al-Rahmaniah yang diasaskan oleh bapa beliau sendiri, Ustaz Abdul Rahman Mahmud. Selepas tamat pengajian di sana, beliau bersiap untuk menyambung pelajaran ke Mesir, namun terpaksa membatalkan hasratnya apabila bapanya meninggal dunia. Oleh kerana beliau merupakan anak sulung, maka beliau mengambil tanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan ibu dan adik-adiknya.

Ternyata, Ustaz Mustafa mampu menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris dengan baik, hasil pendidikan yang diperolehinya bermula di pondok al-Rahmaniah milik ayah beliau, kemudian di Sekolah Menengah Idrisiyyah yang memberikan beliau ruang yang lebih luas untuk mendalami bahasa Inggeris di samping pembacaan beliau. Beliau juga mengikuti pendidikan secara tidak formal dengan kelas gaya pos.

Petikan dari Laman desertasi. Untuk maklumat lanjut sila layar link berikut :-

Disertasi Ilmiah 1 PENGAJIAN HADITH DI NUSANTARA -Satu Kajian Terhadap Kitab Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya)
http://disertasi.blogspot.com/2007/05/disertasi-ilmiah-1.html

2. Pada suatu hari,seorang pernah berkata kepada Ibn Umar ra. :

Åäí áÃÍÈß Ýí Çááå ÞÇá : æÃäÇ ÃÈÛÖß Ýí Çááå Åäß ÊÈÛí Ýí ÃÐÇäß
dir="ltr"> “Sesungguhnya aku menyukaimu kerana Allah. Beliau menjawab : Dan Aku membencimu kerana Allah, kerana sesungguhnya kamu berlagu didalam azan kamu”

Berkata Khalifah Umar Abdul Aziz :-

ÃóÐøöäú ÃóÐóÇäðÇ ÓóãúÍðÇ æóÅöáÇ ÝóÇÚúÊóÒöáúäóÇ
dir="ltr"> “laungkan Azan dengan Azan yang sederhana, jika tidak jauhilah dari kami”

Fuqaha’ sepakat mengatakan bahawa adalah Makruh melagukan Azan, dan sekiranya melagu tadi merosakkan maknanya, maka hukumya adalah haram (Mausu’ah Fiqhiyyah). Imam Syafie didalam al-Umm menjelaskan bahawa azan tersebut hendaklah jelas tanpa memanjang-manjang atau tergesa-gesa membacanya.

Hukum makruh kepada mereka yang melagukan azan ini kerana memberi isyarat kepada muezzin agar tidak berlebih-lebihan semasa melaungkan azan, dan ditakuti ia akan mengubah makna azan tersebut Adalah mustahab memanjangkan sedikit bacaan azan tanpa melagukannya. Adalah mustahab juga seorang Muazzin mempunyai suara yang kuat dan lunak.

Syiekh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa azan berlagu yang tidak mengubah maksud, azannya masih sah. Jika azan tersebut mengubah maksud, maka azan tersebut tidak sah. Contohnya Allahu Akbaar; dimana Akbaar adalah jama’ kepada Kabar yang bermaksud sejenis gendang. (Sharh al-Mumthi' ‘ala Zaadil Mustaqni’, 2/62). WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين