SJ-13-0411 : Harta wakaf? Jual beli macam mana?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0411 : Harta wakaf? Jual beli macam mana?

Salam panel alahkam semua,

Saya ada satu persoalan iaitu apakah hukum kita orang awam membeli Quran terjemahan yang diwakafkan oleh kerjaan Saudi memandangkan terjemahan Quran itu dikira harta wakaf dan ada beberapa kedai buku masih lagi menjualnya.

SJ-13-0411 : Harta wakaf? Jual beli macam mana?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Sesuatu barang yang diwaqafkan oleh seseorang akan bertukar milik, iaitu daripada milikan peribadinya kepada milikan Allah Taala. Orang atau kumpulan yang diwaqafkan kepadanya barang itu juga tidak mempunyai hak milikan terhadap barang itu. Tetapi hanya boleh mengambil manfaat daripadanya.

- Bererti barang yang diwaqafkan tidak boleh dijual beli, kecuali dalam beberapa situasi hajat dengan syarat2 tertentu.

- Jika sekiranya mushaf tersebut memang diwaqafkan, contohnya tertulis pada helaian pertamanya 'WAQAF KERANA ALLAH', maka tidak harus dijadikan sebagai barangan jual beli. Jual belinya tidak sah kerana ia bukan milikan penjualnya.

- Jika seseorang telah membelinya, hendaklah diletakkan di tempat2 yang boleh digunakan seperti di masjid atau surau.

rujukan:
- Minhaj Talibin Imam Nawawi
- Fatwa Syeikh Ibn Jibrain http://ibn-jebreen.com/ftawa.php?view=vmasal&subid=5291&parent=1320