SJ-13-0430 : Ruqyah???

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0430 : Ruqyah???

Salam ustaz..

Saya pernah terbaca dalam jawapan ustaz Abu Umair tentang dibenarkan ruqyah hanya untuk penyakit ain dan sengatan binatang berbisa sahaja...Apakah yang dimaksudkan RuQYAH ustaz?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0430 : Ruqyah???

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå ææÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Mungkin yang dimaksudkan oleh penyoal, ialah jawapan di link ini: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34999

- Iaitu berdasarkan hadis Nabi SAW: "Tiada ruqyah melainkan untuk penyakit Ain dan sengatan binatang bisa". Bukhari (no: 5378) dan Muslim (no: 220).

- Penjelasan kepada maksud hadis tersebut, bukannya hanya dibenarkan ruqyah dalam dua perkara sahaja. Maksudnya, ialah:

i- Ruqyah yang paling bermanfaat ialah dalam dua perkara; ain dan sengatan haiwan berbisa. Yang lain pun, boleh digunakan ruqyah. (Fathul Bari 10/173)

ii- Asas kepada penyakit yg dibenarkan ruqyah ialah ain dan sengatan bisa. Penyakit2 lain berbentuk rasukan dikira seperti penyakit ain, dan penyakit2 zahir lain yg berupa racunan dikira seperti sengatan berbisa. (Fathul Bari 10/196)

- Maksud ruqyah ialah: Bacaan jampi. Samada menggunakan ayat-ayat Quran, zikir-zikir, ataupun doa. Dibenarkan oleh syarak menggunakan jampi dengan syarat2 tertentu.

Wallahu A'lam.