Assalamualaikum,kepada panel al ahkam yang saya hormati.pertama sekali,saya ingin memohon maaf kerana banyak bertanya.di sini saya ada 3 soalan kepada panel al ahkam.
1.beramal dengan hadis.umum sudah tahu bahawa hadis berkenaan sembahyang tasbih dinilai palsu oleh ibnu taimiah tetapi al bani menilainya sebagai sahih.jadi,saya menjadi keliru untuk mengamalkan hadis tersebut.sekiranya kita memakai pendapat ibnu taimiah ,kita akan menolak pendapat al bani padahal kita selalu memakai pendapat al bani dalam kesasihan sesuatu hadis.perkara ini seolah-olah kita menolak kesarjanaan al bani.begitulah juga sebaliknya jika kita memakai pendapat al bani.begitu juga pendapat ulama lain yang mengatakan hadis tertentu adalah sahih tetapi dikatakan pula oleh ulama lain sebagai daif atau palsu.persoalannya,manakah pendapat ulama yang patut kita ikut dalam masalah ini?
2.mufarakah dalam sembahyang.bagaimanakah cara untuk mufarakah dalam sembahyang.sebagai contoh,saya sembahyang asar berjemaah.dalam rakaat kedua,saya mahu mufarakah.adakah saya perlu meneruskan rakaat tersebut tanpa perlu mengikut imam lagi.ataupun saya berhenti dari solat tersebut dan pergi ke belakang untuk mendirikan solat asar yang lain?
3.saya selalu tidak sempat menghabiskan bacaan al fatihah dalam rakaat ketiga dan keempat lalu terus rukuk bersama imam(saya selalu membaca taawudz dan basmalah dalam rakaat tersebut).Adakah solat saya masih dikira sah?
Saya mohon pencerahan dari panel al ahkam.
Sekian,terima kasih.
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1. Walaupun di dalam penilaian kesahihan atau kedhaifan hadis, kita bertaqlid kepada muhaddithin, tetapi sedikit sebanyak kita juga berijtihad iaitu dalam memilih ahli hadith mana kah yang paling kita percayai sekiranya mereka berselisih.
Apabila kita memilih pendapat Ibn Taimiyyah, bukan bererti kita menolak kesarjanaan Al-Albani. Sama sekali TIDAK.. Seperti juga apabila kita memakai pendapat Imam Syafie, tidak bererti kita menolak kesarjanaan feqah Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan lain-lain. Tidak sama sekali.
2. Mufaraqah ialah memutuskan ikutan dengan imam, yakni meneruskan sembahyang secara sendirian. Bukannya menghentikan sembahyang, kemudian mendirikan sembahyang lain. Kerana syarak melarang memutuskan ibadah.
Firman Allah:
æáÇ ÊÈØáæÇ ÃÚãÇáßã
Maksudnya: Jangan kamu batalkan amalan-amalan kamu. (Muhammad: 33).
3. Yang sahihnya, bacaan Fatihah wajib dibaca dalam setiap rakaat oleh makmum. Terutamanya dalam rakaat ketiga dan keempat yang mana imam membaca secara sirr.
Oleh itu, perlulah disempurnakan bacaan Fatihah sebelum rukuk, selagi tidak menyebabkan ketinggalan daripada perbuatan imam. Sekadar terlewat dalam rukuk, tidak menjejaskan sembahyang jemaah.
http://abuumair1.wordpress.com