SJ-13-0460 : Menipu untuk menutup aib diri

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0460 : Menipu untuk menutup aib diri

:salam

Maaf jika ini soalan ulangan.

Diketahui bahawa mendedahkan aib adalah dilarang, menipu juga adalah dilarang. Bagaimana jika seseorang itu ditanya tentang kesalahannya yang lampau spt, " Awak dulu pernah berzina / minum arak ke?" dll. Adakah individu yang ditanya itu dibolehkan menipu bagi menutup aibnya? Atau mahu tak mahu kena juga beritahu sejarah hitamnya atas dasar bercakap benar?

TK

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0460 : Menipu untuk menutup aib diri

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Pada dasarnya, syarak mengharamkan berbohong berdasarkan banyak nas Quran dan hadis.

- Dikencualikan dalam beberapa keadaan, kerana maslahah yang muktabar, seperti yang telah kami terangkan dalam SJ-14-0102 : Dusta yang dibolehkan. Lihat: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33934

- Antara maslahah yang muktabar juga ialah berbohong kerana untuk menjaga maruah diri sendiri atau maruah orang lain, dan tidak ada cara lain kecuali dengan cara berbohong.

- Kata Imam Ghazali: "Boleh bagi seseorang demi menjaga nyawanya, hartanya daripada orang zalim, atau menjaga maruahnya, menggunakan lidahnya walaupun dengan cara berbohong". (Ihya 3/138).

- Walaubagaimanapun, jika ada cara lain selain berbohong maka tidak dibenarkan berbohong. Contohnya, dengan cara tidak melayan soalan-soalan seperti itu.

- Ataupun menggunakan ayat-ayat yang memberi maksud yang mengelirukan, yang mengelakkan daripada berbohong. Contohnya, jika orang tanya, "Adakah kamu pernah berzina", maka seorang muslim boleh menjawab, "Aku orang Islam kan, haram buat kerja tu".

- Menggunakan cara ini lebih baik daripada berbohong.
Wallahu A'lam.