SJ-13-0493 : Berdiri Hormat Orang atau tetamu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0493 : Berdiri Hormat Orang atau tetamu

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda,

ãóäú ÃóóóóóóóÍóÈóø Ãóäú íóÊóãóËøóáó ÇáäøóÇÓõ áóåõ ÞöíóÇãðÇ ÝóáúíóÊóÈøóæóÃú ãóÞúÚóÏóåõ ãöäó ÇáäøóÇÑö

“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)

Berdasarkan hadith di atas, MAKA Bagaimana dengan amalan berdiri memberi salam dan ucapan selamat pagi cikgu di sekolah?

Begitu juga dengan berdiri ketika ketibaan Raja atau VIP?

SJ-13-0493 : Berdiri Hormat Orang atau tetamu

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Berdiri semata-mata untuk memnghormati, bukan untuk berjabat salam atau menyambut seseorang yang datang, adalah ditegah sebagaimana hadis yang anda sebutkan. Termasuklah berdiri ketika guru masuk kelas, atau ketibaan orang kenamaan dalam majlis.

- Sekurang-kurangnya hukumnya adalah makruh sebagaimana dipilih oleh sesetengah ulama.

- Kata Syeikh Bin Baz, "Tidak harus bagi guru memerintahkan mereka (pelajar) berdiri (ketika guru masuk kelas), berdasarkan hadis Muawiyah yang menunjukkan ancamana, dan makruh pula bagi pelajar untuk bangun kerana hadis Anas". (Majalah Buhuts Islamiyyah 26/347)

- Yang diharuskan ialah bangun untuk berjabat salam, atau untuk tujuan-tujuan lain seperti membawanya ke tempat duduk dan seumpamanya. Malahan ia antara akhlak yang mulia.

- Boleh rujuk artikel Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri dan perbincangannya di: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=130382

Wallahu A'lam