SJ-13-0560 : Kubah masjid terbang?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0560 : Kubah masjid terbang?

http://www.youtube.com/watch?v=Cs0taJrwYII&feature=related

salam ustaz..
1.Apakah ianya berlaku pada zaman nabi?
2.Apakah pandangan islam mengenainya?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Kubah masjid terbang?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Kami tidak mempunyai kemahiran dalam perkara-perkara aneh dan ajaib, untuk menjawab persoalan saudara.

- Tetapi klip video itu sendiri -Wallahu A'lam- masih boleh dipertikaikan kesahihannya. Adakah benar seperti dakwaan bahawa kubah tu benar-benar terapung di udara?

- Atau sebenarnya digunakan tali yang kuat tetapi tidak kelihatan di dalam klip video tersebut.

- Jika benar sekalipun ia tidak menggunakan sebarang tali atau alatan lain, dan ia benar-benar terapung di udara, maka ia boleh jadi dengan bantuan jin. Dan perkara seumpama ini tidak mustahil ia boleh berlaku.

- Adapun soalan saudara 'Adakah ia berlaku pada zaman Nabi?', jawapannya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika mula-mula membina masjidnya, baginda sendiri mengangkut batu-batu dengan tulang empat kerat baginda. Tidak ada riwayat pun baginda bertahlil secara jemaah supaya batu-batu itu berterbangan dan menetap ditempatnya.

Wallahu A'lam.