:salam
Ikut arkib, thtl kata:
Kenyataan menteri Cina kata:
http://farmasikdh.moh.gov.my/modules/news/print.php?storyid=84
Semua ubat dibekal hospital halal: Liow - Berita Harian, 12 April 2009
Adakah selamat mengatakan ubat-ubatan di Malaysia tidak najis dan kalo terkena baju pun takpe untuk bawak solat.
WA.
:salam
Ubat-ubatan yang dikatakan mengandungi bahan-bahan haram itu , adalah tidak mengapa untuk dibawa dalam solat.Mahupun jika ianya terkena baju dan sebagainya.
Apa yang tidak boleh ialah jika membawa 'ain najis iatu sendiri atau jika terkena baju seperti terkena najis binatang , darah dan sebagainya.Adapun dalam masalah ubat, ianya tidak mengapa kerana jika betul pun ubat itu mengandungi bahan haram ,'ain-nya sudah tidak ada disebabkan melalui proses-proses tertentu semasa pembuatan ubat tersebut dikilang-kilang ubat.Proses ini lah yang disebut sebagai 'Istihalah'
Kemungkinan dengan sebab itulah pihak JAKIM tidak mengeluarkan pensijilan halal kepada ubat-ubat yang tidak menggunakan kapsul.Ini kerana bahan-bahan yang dikatakan haram itu telah hilang semasa proses pembuatan ubat.Adapun ubat-ubat yang menggunakan kapsul , perlu dilakukan pensijilan halal oleh JAKIM kerana dibimbangi kapsul itu dibuat dari bahan-bahan haram seperti usus babi yang sememangnya 'ain usus tersebut tidak hilang semasa proses pembuatan ubat.Maka dengan itu proses Istihalah atau pun Istihlak tidak berlaku.
WA
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com