SJ-13-0577 : Penyakit & Dosa

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0577 : Penyakit & Dosa

Adakah setiap sakit yang dihidapi oleh manusia mampu menghapuskan dosa dan adakah penyakit yang dihidapi berpunca dari dosa-dosa dan ianya ujian dari Allah? Minta penjelasan....

albaruhiyy (not verified)
Re: Penyakit & Dosa

Assalamualaikum wrt wbt
Pertama, sakit dan sembuh semuanya datang dari Allah Taala
وإذا مرضت فهو يشفين
Maksudnya : “Dan apabila aku sakit, maka Dia akan menyembuhkannya”.
Kedua, Penyakit yang dihadapi oleh seseorang banyak hikmahnya. Antaranya ialah :
1) Melatih seseorang sabar. Sebagaimana sabda Nabi [Muslim 2999] :
عجباً لأمر المؤمن إن أمره كله خير ، وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سراّء شكر فكان خيراً له ، وإن أصابته ضراّء صبر فكان خيراً له
Maskudnya : Sangat pelik urusan orang mukmin, semua urusannya baik. Tiada hal demikian melainkan bagi orang mukmin. Jika mendapat kebaikan, ia bersyukur dan itu baik baginya. Manakala jika ditimpa mudarat, maka ia sabar. Dan itu baik baginya”.
2) Menghapuskan dosa (kaffarah) sepertimana sabda Nabi[Bukhari 5641]
ما يصيب المؤمن من وَصب ، ولا نصب ، ولا سقَم ، ولا حزن حتى الهمّ يهمه ، إلا كفر الله به من سيئاته
Maksudnya :” Tidak menimpa orang mukmin satu kesusahan, kepayahan, penyakit dan kesedihan sehingga kegundahan yang dirasainya melainkan Allah Taala akan mengampunkan dengan sebabnya dosa-dosanya”.
Dan banyak lagi hikmah-hikmah yang dinyatakan ulama berdasarkan hadis-hadis Nabi.
Mudahan Allah mengurniakan kesabaran kepada kita semua. Amin