SJ-14-0083 : mohon bantuan takhrij hadith berkenaan ramadhan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0083 : mohon bantuan takhrij hadith berkenaan ramadhan

:salam

berikut merupakan beberapa hadith yg saya temukan tanpa disertakan status hadith2nya. kebetulan saya terbaca dan ada permintaan utk dicarikan takhrij hadith2 tersebut. harap panel2 AAN dapat membantu. jazakumullahu khairan katsira..

~~~~~~~~~~begin~~~~~~~~~~~

fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

*Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

*Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.

*Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

*Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.

*Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

*Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.

*Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.

*Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.

~~~~~~~~~end~~~~~~~~~~

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-14-0083 : mohon bantuan takhrij hadith berkenaan ramadhan

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå
ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
*Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

Asal hadis yg menyebut tentang Pintu Rayyan dalam syurga diriwayatkan oleh;
Bukhhari dan Muslim.

Tambahan yg anda sebutkan diriwayatkan oleh Nasai (no: 2236).
Dan diriwayatkan dengan lafaz yang sedikit berbeza oleh: Tirmizi (no: 765), dan Ibn Majah (no: 1640).
Kata Tirmizi: Hadis ini HASAN, SAHIH, GHARIB.
Dan dinilai SAHIH juga oleh Ibn khuzaimah (no: 1902).

Quote:
Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.

'Puasa merupakan Perisai'
HR Bukhari (no: 1805) dan Muslim (no: 163).

“Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan'

HR Ahmad (no: 16278), Nasai (no: 2231), Ibn Majah (no: 1639).
Dinilai SAHIH oleh Ibn khuzaimah dalam Sahihnya (no: 1891), Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 3649).
kata Syuaib Arnauth dalam tahqiq Ibn Hibban 8/409: Sanadnya SAHIH, di atas syarat Muslim.

Tetapi kami tidak menemui tambahan "selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”

Quote:
Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.

HR Ibn Majah (no: 1753) daripada Abdullah bin Amru bin Al-'As, al-Hakim dalam Mustadrak (no: 1535)
Dinilai DHAIF oleh Albani dalam Irwa' 4/41.

Quote:
Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

Dinilai oleh Albani sebagai: SANGAT DHAIF. Sililah Dhaifah 8/286

Quote:
Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.

Hadis Umamah diriwayatkan oleh Tabarani dalam Mukjam Kabir (8/284) tanpa perkataan 'setiap malam'.

Dimasukkan oleh Suyuti dalam al-Laali al-Masnu'ah (Himpunan hadis Palsu) 2/86, katanya: "Kata Baihaqi: hadis ini GHARIB, pada periwayatan perawi senior daripada perawi junior, iaitu riwayat A'masy daripada Husain bin Waqid".

Dan daripada Abu Hurairah (tanpa perkataan 'ketika berbuka'), riwayat Tirmizi (no: 682), Ibn Majah (no: 1642).

Dan juga riwayat Ibn khuzaimah (no: 1883), Baihaqi (no: 8284), al-Hakim (no: 1532) tanpa perkataan 'setiap malam ketika berbuka'.

Quote:
Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.

HR Ibn Majah (no: 1745).
dinilai DHAIF oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 3811).

Diriwayatkan juga daripada hadis Sahl bin Saad -tanpa perkataan "Puasa merupakan separuh kesabaran"- HR Tabarani dalam Mukjam Kabir 6/193). Kata al-Haitami dalam Majma' Zawaid 3/421: "di dalamnya ada perawi bernama Hammad bin al-Walid, seorang DHAIF".

Quote:
Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.

HR Ahmad (no: 27061), Tirmizi (no: 785), Nasai dalam Sunan Kubro (no: 3267), Baihaqi (no: 8296).
Kata Tirmizi: Ini hadis hasan SAHIH.