SJ-15-0022 : Tabligh - penjelasan ikhlas diperlukan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0022 : Tabligh - penjelasan ikhlas diperlukan

adakah benar dakwaan mereka ini??

Quote:

http://www.salafimalaysia.com/tabligh/NO%205%20TABLIGH.doc

òSudahkah Anda Mengenal Jama’ah Tabligh ?

Oleh A bdat, Abdul Hakim bin Amir

Jama’ah Tabligh termasuk ahlul bid’ah dan firqah sesat yang menyesatkan dari firqah-firqah shufiyyah. Firqah tabligh ini terbit dari India yang didirikan oleh seorang sufi tulen bernama Muhammad Ilyas. Kemudian firqah sesat ini mulai mengembangkan ajarannya dan masuk ke negeri-negeri Islam seperti Indonesia, Malaysia dan lain-lain.

Fiqah tabligh ini dibina atas dasar kejahilan yang dalam dan merata yang diawali oleh pendirianya, pengganti-penggantinya, amir-amirnya, tokoh-tokohnya, syaikh(guru) – syaikhnya, murid-muridnya, istimewa pengikut-pengikutnya dari orang-orang awam. Kejahilan mereka terhadap Islam, mereka hanya melihat Islam dari satu bahagian dan tidak secara keseluruhan sebagaimana yang Allah perintahkan, “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam (ajaran) Islam secara kaffah (keseluruhan).” (Al-Baqarah 208).

Kerosakan aqidah mereka yang dipenuhi dengan kesyirikan yang berdiri di atas manhaj shufiyyah. Ibadah mereka yang sangat jauh dari Sunnah. .Akhlak dan adab mereka yang dibuat – buat sangat jauh dari akhlak Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat. Mereka sangat fakir dan miskin dari ilmu kerana mereka sangat menjauhi ilmu. Kebencian dan kedengkian mereka yang sangat dalam kepada imam-imam Ahlus Sunnah Wal Jama’ah seperti Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Ibnul Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahab dan lain-lain. Bahkan salah seorang amir dari firqah tabligh ini pernah berkata dengan sangat marah sekali, “ Kalau seandainya aku mempunyai kekuatan sedikit saja, pasti akan aku bakar kitab-kitab Ibnu Taimiyyah dan Ibnul Qayyim dan Ibnu Abdul Wahab. Dan aku tidak akan tinggalkan sedikitpun juga dari kitab-kitab mereka yang ada di permukaan bumi ini.” (Dari kitab Al-Qaulul Baligh hal. 44-45 oleh Syaikh Hamud bin Abdullah bin Hamud At Tuwaijiriy.

Alangkah besarnya kebencian dan permusuhan mereka terhadap pembela-pembela Sunnah.

BID’AH-BID’AH JAMA’ AH TABLIGH

Di antara bid’ah-bid’ah Jama’ah Tabligh ialah “ushul sit-tah “(dasar yang enam) yaitu

Pertama: Kalimat Thayyibah.

Iaitu dua kalimah syahadat:
Ashadu allaa ilaaha illallah wa asy hadu anna muhammadar rasulullah. Yang mereka maksudkan hanya terbatas pada tauhid rububiyyah, yaitu mengesakan Allah di dalam penciptaanNya, kekuasaanNya, pengaturanNya dan lain-lain yang masukkan ke dalam tauhid rububiyyah.

Tauhid inilah yang mereka amalkan dan menjadi dasar di dalam da’wah mereka. Adapun tauhid uluhiyyah atau tauhid ubudiyyah (iaitu mengesakan Allah di dalam beribadah kepada Nya) dan tauhid Asma was sifat (mengesakan Allah di dalam nama dan sifatNya tanpa ta’wil) tidak ada pada mereka baik secara ilmu maupun amal dan dakwah. Oleh kerana itu mereka membatasi berhala istimewa pada zaman ini, hanya kepada lima macam berhala iaitu:

1. Berusaha mencari rezeki dengan menjalani sebab-sebabnya seperti berdagang atau membuka toko dan lain-lain dari jalan yang halal.
Inilah yang dikatakan berhala oleh jama’ah tabligh . Kerana dia akan melalaikan manusia dari kewajipan Agama kecuali kalau mereka khuruj (keluar di jalan Allah menurut istilah firqah tabligh) bersama jama’ah tabilgh ! ?

2. Berhala yang kedua iaitu: Keluarga dan teman.
Kerana mereka pun melalaikan manusia dari menegakkan kewajiban kecuali kalau mereka khuruj bersama jama’ah tabligh!?

3. Berhala yang ketiga iaitu: Nafsu ammaara bissuu’ (nafsu yang memerintah berbuat kejahatan)
Kerana menurut mereka hafsu ammarah ini menghalangi manusia dari berbuat kebaikan dari jalan Allah seperti khuruj bersama jama’ah ta-bligh.
Jama’ah tabligh adalah ahlul bid’ah, jahil dan sesat bersama khuruj bid’ah mereka, maka merekalah yang lebih berhak mengikut nafsu amaarah. Ada pun orang yang menyalahi jamaah tabligh dan berpaling dari mereka serta memperingati manusia dari bid’ahnya firqah tabligh, maka diharapkan orang tersebut jiwanya thayyibah (baik) karena dia mengajak manusia pada kebaikan dan melarang dari kejahatan dan pelakunya.

4. Berhala yang keempat iaitu: Hawa nafsu
Kerana menurut jama’ah tabligh hawa nafsu ini akan menghalangi manusia dari kebaikan seperti khuruj bersama mereka.
Sesungguhnya jama’ah tablighlah yang lebih berhak dikatakan sebagai pengikut-pengikut hawa nafsu kerana mereka termasuk ahlul bid’ah. Sedangkan ahlul bid’ah adalah orang mengikut hawa nafsu oleh kerana itu Ulama kita menamakannya ahlul ahwaa’. Di antara bukti bahawa jama’ah tabligh pengikut hawa nafsu mereka membai’at manusia atas dasar beberapa tarikat sufiyyah sebagaimana akan datang penjelasannya.

5. Berhala yang kelima iaitu: Syaitan
Yang terakhir ini menurut jemaah tabligh sangat besar menghalangi manusia dari kebaikan seperti khuruj bersama jamaah tabligh
Pada hakikatnya jama’ah tablighlah yang dihalangi oleh syaitan dari kebaikan yang sangat besar iaitu mengikut sunnah Nabi Sahallallahu ‘alaihi wa sallam dan diperintahkan oleh syaitan untuk mengerjakan kejahatan yang sangat besar iaitu bid’ah. Kerana bid’ah lebih dicintai iblis dari maksiat dan sangat dibenci oleh Allah dan RasulNya. Sedangkan jama’ah tabligh tergolong bersama dengan ahlul bid’ah yang mengikut sunnah sufiyyah.

Kedua : Solat lima waktu, solat jumaat, solat jama’ah di masjid, solat yang khusyu’, solat pada shaf yang pertama, memperbanyak solat-solat sunat dan lain-lain.Yang pada hakikatnya amal-amal di atas diwajibkan dan sangat disukai di dalam agama. Akan tetapi jama’ah tabligh telah melalaikan beberapa kewajiban untuk menegakkan amal-amal di atas di antaranya:

i) Ilmu
Mereka beramal dengan kebodohan tanpa ilmu kecuali ilmu fadlaa-il (keutamaan –keutamaan amal) sebagaimana akan datang keterangannya pada dasar yang ketiga.

ii) Mengikut Sunnah.
Mereka meninggalkan mengikut Sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam dengan berpegang kepada bid’ah, taqlid dan ta’ashshub madzhabiyyah.

iii) Melalaikan mempelajari rukun-rukun, kewajiban-kewajiban dan hukum-hukum dari amal-amal di atas. Oleh kerana itu, kita lihat mereka tidak mengerti cara solat Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Adapun masjid, maka mereka mengajak ke masjid-masjid tempat mereka berkumpul ( bukan untuk mengikut pelajaran diaturkan oleh masjid) .

Ketiga : Ilmu.

Yang mereka maksudkan dengan ilmu ialah:

i) Ilmu fadlaa-il iaitu ilmu tentang mempelajari keutamaan –keutamaan amal menurut mereka. Adapun ilmu tauhid dan ahkaam (hukum-hukum) dan masalah-masalah fiqhiyyah (fiqih) dan ilmu berdasarkan dalil-dalil Al-Kitab dan as-Sunnah, mereka sangat jauh sekali dan melarangnya dan memeranginya ( Sila lihat ajaran Tabligh tentang pengambilan ilmu di lampiran 1 ).
ii) Ilmu tentang rukun iman dan Islam. Akan tetapi mereka mempelajarinya atas dasar tarikat-tarikat sufiyyah, khurafat-khurafat, hikayat-hikayat yang batil dan ta’ashshub madzhabiyyah.

Keempat: Memuliakan atau menghormati kaum muslimin.

Menurut firqah tabligh setiap orang yang mengucapkan dua kalimat syahadat “ Laa Ilaaha Illallah wa Muhammadarrasullah ” , maka wajib bagi kita memuliakan dan menghormatinya meskipun orang tersebut telah mengerajakan sebesar-besar dosa besar seperti syirik. Menurut mereka: “Kami tidak membenci pelaku maksiat akan tetapi yang kami benci adalah maksiatnya!!”. Di dalam dasar yang keempat ini mereka sangat berlebihan menghormati atau memuliakan kaum muslimin dengan meninggalkan nahi munkar dan nasihat dan dengan cara yang dibuat-dibuat.

Kelima: Mengikhlaskan niat agar supaya jauh dari riya’ dan sum’ah (menperdengarkan amal kebaikan). Akan tetapi mereka meninggalkan Sunnah dan mengikuti cara-cara ikhlas di dalam tashawwuf.

Keenam : Khuruj.

Menurut jama’ah tabligh makna khuruj keluar di jalan Allah berdakwah , merupakan jihad yang paling besar. Mereka membatasi makna dakwah hanya dengan khuruj berjemaah bersama mereka selama tiga hari dan seterusnya. Khuruj ini mempunyai kedudukan dan keutamaan yang besar di dalam bid’ah mereka melebihi solat, sedekah, puasa dan haji dan lain-lain.

Keutamaan khuruj ini pernah saya dengar langsung dari salah seorang amir mereka di Pekanbaru pada tahun 1995 di Masjid Agung An Nur selepas Solat Mahgrib. Ketika amir itu telah selesai dari ceramah bid’ahnya dan mengajak kaum muslimin mengerjakan bid’ah yang lain iaitu khuruj, saya tanyakan mana dalilnya dari Al-Kitab dan Sunnah tentang keutamaan khuruj yang saudara katakan tadi ? Amir itu sangat terkejut dan mengingkari apa yang telah dia katakan di atas. Kemudian saya meminta kepada jemaah tabligh yang hadir di masjid itu untuk menjadi saksi bahawa amir mereka betul-betul telah mengucapkannya. Besar harapan saya bahawa mereka akan membenarkan apa yang saya katakan dan menjadi saksi di dalam kebenaran bukan menjadi saksi palsu. Akan tetapi harapan saya hilang ketika mereka semuanya mengingkari saya dan membenarkan amir mereka. Tidak ada saksi bagi saya kecuali Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat kemudian seorang ikhwan kita yang duduk disamping saya. Lalu saya pun meninggalkan masjid sambil berkata bahawa mereka ini semuanya pembohong !.
Aqidah dan amalan khuruj ini berasal dari mimpi pengasas jemaah tabligh iaitu Muhammad ilyas. Dia bermimpi menafsirkan ayat Al-Quran surat Al-Imran ayat 110.:

“ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahir untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.”

Berkata Muhammad Ilyas di dalam mimpinya itu ada yang mengatakan kepadanya tentang ayat di atas: Sesungguhnya engkau (diperintahkan) untuk keluar kepada manusia seperti para Nabi.

Tidak syak lagi bagi ahli ilmu bahawa tafsir Muhammad Ilyas atas jalan mimpi mengikuti cara-cara sufiyyah, adalah tafsir yang sangat batil dan rosak. Tafsir syaithaniyyah yang mewahyukan kepada Muhammad Ilyas yang akibatnya timbulnya bid’ah khuruj menyelisihi manhaj para Sahabat. Terang-terangan atau tersembunyi tafsir Muhammad Ilyas ini menunjukkan bahawa dia mendapat wahyu dan diperintahkan oleh Allah seperti perintah Allah kepada Nabi dan Rasul. Yang pada hakikatnya syaitanlah yang mewahyukan kepada dia dan kaum sufi yang lainnya demi membuat bid’ah besar.

Bid’ahnya jama’ah tabligh adalah mereka bermanhaj dengan manhaj sufi di dalam aqidah, dakwah, ibadah, akhlaq dan adab dan lain-lain. Baik orang peseorangannya, amir-amirnya dan guru-gurunya.

Antara bid’ah jama’ah tabligh, amir dan sebahagian dari guru-guru mereka adalah mereka berbai’at atas empat macam tarikat shufiyyah iaitu
:
i) Naqsybandiyyah
ii) Qaadiriyyah
iii) Jisytiyyah
iv) Sahrawardiyyah

Demikianlah amir tertinggi mereka membai’at pengikut-pengikutnya atas dasar empat tarikat diatas.
Mereka sangat berpegangan dan memuliakan kitab mereka yang berikut:

Tablighi Nishaab12 oleh Muhamad Zakaria Kandahlawiy secara manhaj maupun dakwah. Kitab Tablighi Nishaab ini dipenuhi dengan berbagai macam bid’ah, syirik, tashawwuf, khurafat, hadis-hadis lemah dan palsu. Diantara bid’ah syirkiyyat yang terdapat di dalam kitab ini ialah (a) memohon syafa’at kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. (b) Nabi pernah mengeluarkan tangannya dari kubur beliau untuk menyalami Ahmad Ar Rifaa’y (ketua sufi dari tarikat Ar Rifaa’iyyah) { Cerita karut ini terdapat didalam kitab Fadhail al- Haj, Bab kesembilan (Cara-Cara melakukan Ziarah),kisah no.13. Kisah-kisah karut yang lain terdapat dari kisah 14 hingga ke 40 dan lain- lain.)

Komen dari penyusun:
Pada kisah di akhir bab sembilan (m.s 242) tertulis : Sheikh Ahmad Kabir Rifai menziarah ke Madinah pada tahun 535 H. Berdiri dihadapan kuburan Rasullullah s.a.w sambil menbaca rangkapan-rangkapan syair, rangkapan yang akhirnya bermelodi : “ Hulurkanlah tanganmu agar bibirku menciummu”. Lalu keluar tangan Baginda sallallahu Alaihi Wasallam dari kuburnya dan Sheikh Ahmad Rifai mencium tangan tersebut. Yang melihat (bukan bermimpi) peristiwa tersebut dianggarkan 90 ribu para penziarah!

Komen: Dalam kisah ini ada dua kemuskilan.
Pertama: Menurut ulamak Ahli As-Sunnah wal Jamaah ini adalah satu cerita khurafat
kerana Rasullullah s.a.w. seperti manusia biasa adalah dalam alam berzah,
jasadnya tidak boleh keluar dari kubur.

Kedua: Bagaimana pula semua 90 ribu penziarah boleh melihat peristiwa itu. Dimanakah nama-nama perawinya .Kalau lah beliau adalah seorang ‘ ahli hadis’ pasti mustahil dia boleh membuat suatu riwayat seperti ini yang bertentangan dengan al Quran dan hadis yang sahih.Umpamanya:

Apabila Maulana Mohammad Zakaria Kandhalawi di tanya berkenaan masalah ini, ia menjawab bahawa kesah tersebut dipetih dari kitab Al-Haawi karangan Imam Suyuti Jld.1 hlm 261 tetapi beliau sendiri atau madrasahnya tidak lagi mempunyai kitab itu. Beliau telah memohon kitab itu daripada Mufti Mahmud Ganggohi. Tetapi mufti tersebut belum lagi menghantarkan fotokopi halaman yang dituntut (1958M) Rujuk muka surat 116-117 , buku “ Menerangkan berbagai persoalan terhadap Kitab Fadhail Amal.” Bertajuk “Jawapan surat no. 50,” oleh Muhammad Zakaria. Diterbitkan oleh Ab. Majid Ahmad. K.Lumpur.(2001M). Jawapan seperti ini tidak boleh diterima oleh sebarang pengkaji yang serius.

Sheikh Mohammad Nasir al-Arini dalam bukunya: “ Menyingkap Tabir Apa Yang Dibawa Oleh Sebahagian Pendakwaah yang berbahaya! “ (“Kasyaf as-Sitaar Anma Tahmilahu B’adha Ad-Dakwaat Min Akhtaar.” ) berkata:

Cerita tersebut (diatas) merupakan satu pendustaan kepada Rasulullah s.a.w, sebabnya ialah di dalam sejarah hidup Rasulullah s.a.w tidak pernah beliau menghulurkan tangannya untuk dicium, bagaimana pula semasa sudah meninggal. (Iaitu Rasulullah s.a.w. sedang berada di dalam barzah bukan di dunia.) Dalilnya di surah Ali Imran 185 (Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati). ‘Aisyah r.a pernah berkata : “ Rasulullah s.a.w. telah meninggal diatas dadaku”. Abu Bakar r.a pernah berkata pada hari kematian Rasulullah s.a.w. “ Barang siapa menyembah Rasulullah s.a.w, baginda telah mati. Barang siapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah hidup tidak mati. Kemudian beliau membaca ayat Al - Quran bermaksud: : “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa rasul....... “ (Ali Imran:144) Tamat kata-kata Sheikh Mohammad Nasir, serta tambahan dari penyusun.

Demikian juga dengan kitab Hayaatush Shahabah oleh Muhammad Yusuf Kandahlawiy. Kitab ini pun dipenuhi dengan khurafat-khurafat dan cerita-cerita bohong serta hadis-hadis dha’if dan maudhu’. Kedua kitab di atas yang sangat diagungkan dan dimuliakan oleh jma’ah tabligh adalah masuk ke dalam kitab-kitab bid’ah dan syirik serta sesat.

Bid’ahnya jama’ah tabligh, bahawa mereka telah membatasi Islam pada sebahagian ibadah. Yang sebahagian ini pun mereka penuhi dan mencampurkan adukkan dengan berbagai macam bid’ah dan syirkiyyat. Mereka berpaling dari syariat-syariat Islam yang lain seperti tauhid, hukum dan jihad dan lain-lain.

Mereka meninggalkan ilmu dan ahli ilmu. Mereka memperingati pengikut-pengikut mereka dari menuntut ilmu dan duduk di majlis para ulama kecuali orang yang mendukung mereka. Dengan demikian meratalah dan tersebarlah kejahilan yang dalam di anatara mereka dan hilangnya ilmu dari mereka. Oleh kerana itu yang menjadi timbangan mereka di dalam memutuskan segala urusan ialah dengan jalan : Istihsan (menganggap baik sesuatu perbuatan tanpa dalil), perasaan, mimpi-mimpi dan karamah-karamah (yang pada hakikatnya bisikan dan ilham dari syaitan) Mereka mengajak manusia ke jalan Allah dan masuk ke dalam Agama Allah tanpa ilmu sama sekali dan tanpa bashirah (hujjah dan dalil). Inilah dari sebesar-sebesar sebab yang membawa mereka menyimpang dari ajaran Islam dan terjerumus ke dalam lembah kesesatan bid’ah dan syirik. Bagaimana mungkin mereka mengajak manusia kepada sesuatu yang mereka tidak faham dan tidak mengetahuinya!? Lihatlah ! Mereka mengajak kepada Islam dan mengikut perintah Allah dan Sunnah RasulNya padahal mereka tidak memahaminya!? Sebenarnya mereka sendirilah yang lebih berhak dan sangat berhajat kepada ilmu dan seluruh ajaran Islam dengan cara belajar dan memahaminya dari ulama bukan mengajar atau berdakwah kepada manusia .

Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah bahawa mereka selalu berdalil dengan hadis-hadis dha’f, sangat dha’if, maudhu’/palsu dan hadis-hadis yang tidak ada asal-usulnya sama sekali (laa ashlaa lahu).

Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah bahawa mereka telah membuat kelompok (firqah) yang menyendiri dan memisahkan diri dari kaum muslimin. Mereka tidak mengajak kaum muslimin kecuali kepada firqah-nya baik secara manhaj, ilmu dan dakwah. Mereka mengadakan imam tertinggi dan amir-amir dan bai’at (sumpah taat setia) yang ditegakkan di dalam firqah tabligh ini. Mereka mengajak kaum muslimin ke masjid-masjid dan markas-markas mereka untuk ijtima’ (berkumpul) umumnya disatu bandar sekali.
Diantara bid’ah besar jemaah tabligh ialah berkumpulannya ratusan ribu jemaah di Bangladesh pada setiap tahunnya. Di dalam ijtima’ bid’iyyah ini keluarlah berbagai macam bid’ah ,kepercayaan dan amaliyyah yang begitu banyak dikerjakan oleh jama’ah tabligh. Sehingga sebahagian dari mereka mengatakan berkumpulnya mereka di Dakka ibu kota Bangladesh pada setiap tahunnya lebih utama dari berkumpulnya jemaah haji di Makkah. Mereka menyakini bahawa berdoa pada akhir ijtima’ di atas mustajab. Mereka menyakini bahawa akad nikah pada hari itu diberkati. Oleh kerana itu sebahagian dari mereka mengundurkan akad nikahnya sampai hari ijtima’ tahunan di Bangladesh untuk memeperolehi barakahnya.

Diantara bid’ah besar jama’ah tabligh ialah bahawa mereka mewajibkan taqlid dan bermanhaj dengan manhaj tashawwuf sebagaimana telah ditegaskan oleh salah seorang imam mereka iaitu Muhammad Zakaria pengarang Kitab Tablighi Nishaab atau Fadlaa-ilul a’maal, “ ..... Kami menganggap pada zaman ini taqliq itu wajib sebagaimana kami menganggap tashawwuf syar’i itu sedekat-sedekat jalan untuk mendekatkan dari kepada Allah Ta’ala. Maka orang yang menyalahi kami dalam dua perkara di atas (taqlid dan tashawwuf) maka dia telah berlepas diri dari jamaah kami....” (Jamaa’atut tabligh, Aqaa-iduha, Ta’ri-fuha hal. 69 & 70 oleh istadz Abi Usamah Sayyid Thaaliburrahman). Komen tambahan penyusun: tashawwuf syar’i mereka tidak mengikut amalan Salafus Soleh !.

Ini menunjukkan bahawa jamaah tabligh dibina atas dasar taqlid dan tashawwuf. Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah berdusta atas nama Allah. Salah seorang imam mereka yang bernama Muhammad Zakaria pengarang Kitab Fadlaa-ilul a’maal dengan tegas mengatakan: Bahawa Allah telah menguatkan madzhab Hanafi dan jama’ah tabligh!!!
(Jamaat’atut Tabligh, Aqaa-iduha, Ta’rifuha hal. 91 oleh ustadz Abi Usamah sayyid Thaaliburrahman).

Subhaanallah! Sungguhnya ini satu dusta besar yang telah dibuat oleh Muhammad Zakaria atas nama Allah. Apakah Allah telah mewahyukan kepadanya setelah terputusnya wahyu bahawa sesungguhnya Allah yang telah menguatkan madzhab Hanafi dan jamaah tabligh ! ? Tidak syak lagi bagi orang yang beriman bahawa Muhammad Zakaria telah mendapat wahyu dari syaitan.

Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah berdusta atas nama Rasullullah s.a.w. Berkata Muhammad Zakaria, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah membahagikan waktunya menjadi tiga bahagian: sepertiga di dalam rumahnya bersama keluarganya, sepertiga mengirim jamaah untuk tabligh dan sepertiga beliau menyendiri. (Jamaaatut Tabligh, Aqaa-Iduha, Ta’rifuha hal. 92 & 93 oleh ustadz Abi Usamah sayyid Thaaliburrahman). Subhaanallah! Orang ini tidak punya rasa malu berdusta atas nama Rasulullah shallullahu ‘alaihi wasallam untuk menguatkan jama’ah tablighnya yang sesat dan menyesatkan.

Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah bahawa ketentuan dan ketetapan berdirinya jamaah tabligh berdasarkan wahyu dari Allah yang Allah masukkan ke dalam hati pendiri jamaah tabligh iaitu Muhammad ilyas. (Jamaa’atut Tabligh, Aqaa-iduha, Ta’rifuha hal. 98 & 99 oleh ustad Abi Usamah sayyid Thaaliburrahman).

Oleh kerana itu tidak boleh ada perubahan sedikitpun walaupun para Ulama Ahlus Sunnah telah memperingatkan mereka akan kesesatan mereka.(lebeh dari 10 tahun sebelum ini) Tamat kata-kata ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, ustaz yang terkenal dari Jakarta. Dipetik dari buku kecilnya bertajuk ‘Sudahkah Anda Mengenal Jama’ah Tabligh ? Darul Qolam, Jakarta. Email :

Home Page: http://www.darul qolam. com Cetakan 2003M.

Lampiran 1

Ilmu Masaail, Kalimat Yang Dirahsiakan

Di dalam buku berjudul : “Al- Qutubiyyah , Itu Adalah Fitnah Maka Ketahuilah Ia” (Al-Qutubiyyah hiya al fitnah fa ‘arifuuha.) oleh Abu Ibrahim ibn Sultan al- ‘Adnaani. Sheikh Abu Ibrahim berkata di halaman 6 :

“ Jamaah Tabligh berpendapat bahawa ilmu itu dibahagikan kepada dua, Fadhail dan Masaail . Ilmu fadhail adalah untuk kita (Jemaah Tabligh) dan ilmu masaail untuk ahli ilmu.

Apakah sebabnya? Adakah para pembaca budiman ingat kalimah yang dirahsiakan? Aku akan mengingatkan kamu. Segala yang menyebabkan perbalahan, perpecahan dan perselisihan antara dua individu maka hukumnya (dalam manhaj Jamaah) adalah batal,ditolak atau dibuang. Ilmu masaail adalah untuk ahli ilmu, kamu semua yang khuruj dengan kita hendaklah bertanya kepada ulamak negerinya berkenaan ilmu masaail itu . Mengapa demikian ? Kerana ilmu pertama tidak menyebabkan khilaaf atau perselisihan tetapi yang kedua boleh menyebabkan perpecahan Oleh itu para pembaca yang dihormati, saya akan membuat satu soalan; “ Kalau begitu, manhaj mereka, adakah mereka mengajak kepada makrof dan mencegah kemungkaran? Jawapannya dari kalimah rahsia mereka adalah tidak. Mengapa? “ Kerana mengajak kepada makrof dan mencegah dari kemungkaran akan menyebabkan perselisihan, (pada pendapat mereka) antara yang menyuruh dan yang disuruh. Maka hukumannya batal , dilarang dari sisi manhaj Jamaah Tabligh............” ( Halaman 7)

“ Saya akan menceritakan satu hikayat Jamaah Tabligh dalam pekara ini, kerana ta’lim para pelajar mereka bagi asas-asas manhaj adalah melalui hikayat-hikayat yang aku akan terangkan sebahagian takwil-takwil mereka. Apabila membahagikan ilmu kepada fadhail dan ilmu masaail, amir Jamaah berkata kepada yang khuruj dengan mereka : “Bagi ilmu masail hendaklah mereka menuntutnya dari ulamak negara masing-masing.” (Tetapi pada masa yang sama) Amir-amir Jamaah Tabligh berasa cemas bahawa kata-kata mereka itu akan masuk kepada pemikiran dan hati para pendengar kerana jika pengikut mereka belajar dengan alim ulamak lain, mereka akan meninggalkan Jamaah Tabligh. Oleh itu mereka akan membuat suatu penghalang bagi menuntut ilmu masaail serta menggalakan mereka untuk menuntut ilmu fadhail. Sehingga jika mendengar satu ayat al Quran atau hadis yang merujuk kepada perkataan ilmu dan kebaikannya, mereka akan melihatnya dari segi fadhail.

Ketahuilah, rahimakumu Allah, mereka mengadakan setiap minggu dua sessi, sessi malam Selasa dan sessi malam Rabu. Sesi malam pertama adalah untuk mereka yang kembali dari khuruj dan yang hadir mendengar perlu mendapat galakkan dan semangat untuk khuruj .Di sesi yang kedua adalah menyusun mereka yang hendak pergi khuruj iaitu pada waktu asar hari Rabu. Berkata seorang amir bagi sessi kedua ini kepada seorang yang telah pulang dari khuruj dengan bertujuan untuk memberi tahu para ahli baru dan para pendengar; “ Berapa lamakah telah kamu keluar?” Maka seorang yang kembali dari Khuruj menjawap : “ Saya sudah keluar empat bulan di jalan Allah. Amir akan berkata kepadanya : “ Masya Allah, di manakah kamu khuruj?....” Berkata sang Khuruj : “ Sepuluh hari di negara-negara teluk, sepuluh hari di Senegal Afrika, satu bulan di Eropah, satu bulan di Amerika selatan dan satu bulan di Asia Selatan , India dan Pakistan. Amir akan berkata : (Pembaca yang dihormati sila ambil perhatian) :

“ Masya Allah, anda seorang pendakwah, pendakwah seperti awan yang melalui atas manusia di darat dan menurunkan hujan atas tanah mereka. Ia berlainan dengan ulamak, mereka seumpama telaga air. Jika sekiranya kamu dalam perjalanan beberapa batu jauhnya ,mungkin kamu boleh mati kerana dahaga sebelum kamu sampai ke telaga air. Malah tidak boleh minum air itu kerana bekas untuk mengambil air darinya tidak wujud. Juga jika kamu ingin minum kamu perlu hadir di tepi telaga kemudian campakkan bekas air, lepas itu tarikh air keatas untuk diminum.”

Para pembaca budiman, adakah kamu sedar bahawa pemikiran anda telah dicemari sepertimana juga pemikiran para pendengar yang lain.? Iaitu kisah ini menaikkan taraf pendakwah lebih dari orang yang alim. Apabila seseorang dari mereka ingin duduk untuk mencari ilmu dia akan ingat kisah itu dan dia akan ingin menjadi seperti awan bukan untuk menjadi seperti telaga air. Supaya kamu tidak menjadi keliru oleh hikayat ini, saya akan menerangkan kepalsuannya.

Ketahuilah Allah telah memberi penunjuk kepada ku dan anda bagi segala yang baik dan yang hak, bahawa air dari awan tidak menyuburkan melainkan rumput untuk haiwan ternakan seperti lembu kambing pada kebiasaannya. Tetapi jika hujan turun keatas tanah yang tidak baik atau hujan turun pada waktu yang salah ia tidak akan memberi faedah, kadang kala air hujan yang turun dari awan itu boleh menyebabkan kemusnahan dan kerosakan . Sebaliknya sebuah telaga air boleh digunakan untuk pertanian dan minuman. Selalunya daerah yang mempunyai telaga boleh menjadi tempat yang subur untuk tempat didiami. Sebabnya ialah penduduknya akan bercucuk tanam, menjiruskan air ke atas cucuk tanaman yang kemudiannya mengeluarkan hasil.

Oleh itu telaga akan memberi manfaat kepada orang yang bermukim di situ dan juga kepada orang yang melalui tempat itu, samada untuk dirinya atau untuk binatang ternakan mereka atau pun untuk pertanian ataupun untuk mengisi bekas-bekas air sebagai bekalan dalam perjalanan.” Tamatlah nukilan dari buku “Al-Qutubiyyah “ Oleh Abu Ibrahim ibn Sultan al-Udnaanee. Halaman 6-9.
Menurut Sheikh Abu Ibrahim setiap enam dasar (usulus sittah) yang Jamaah Tabligh rojok kepadanya, mempunyai tafsir Jamaah sendiri . Malah setiap usul itu mempunyai kalimat rahsia. Sila rojok laman web: www. Salafipublications.com / article ID GRV020002.

Rujukan, Buku dan Laman Web (Ahli Sunnah wal-Jamaah) yang membahas terhadap manhaj serta kepercayaan Jamaah Tabligh :-

1) “ Waqafat Ma’a Jama’ah at -Tabligh”. (Peringkatan Penting Terhadap Jama’ah Tabligh). Oleh Nizar bin Ibrahim Al-Jarbu’ terjemah dalam bahasa Indonesia .
Penterjemaah : Arif Mufid: Diterbitkan oleh Penerbit Yayasan Al- Madinah. Surakerta, Indonesia (1998M)

2) “Kasyaf Al -Istaar ‘Anma Tahmiluhu B’adha ad-Dakwaat Min Akhtaar “ (Menyingkap Tabir Apa Yang Dibawa Oleh Sebahagian Pendakwah Yang Berbahaya). (2002M /1422H). Oleh Sheikh Mohd Ibn Nasir al-‘Arini. Perikata oleh Sheikh Saleh Ibn Fawzan.

3) “Al-Qaulul al-Baligh Fit Tahzir Min Jama’atit Tabligh.” (Pernyataan Yang Jelas Dalam Peringatan Terhadap Jamaah Tabligh) Oleh Sheikh Hammud Ibn
Abdullah Ibn Hammud Tawaijiri (1894-1980M). Dar As Sami’ii.

4) “Jamaah Tabligh Fi Syibhi al-Qaarah al Hindiyyah ‘Aqaaiduha - T’arifuha “ (Jamaah Tabligh Di Benua India Kepercayaanya dan Pengenalannya).
Oleh : Ustaz Ibi Usamah Sayyed Talib ar-Rahman. Perikata oleh Sheikh Saleh Ibn Fawzan. Darr al-Bayan, Islamabad (1999M)

5) “ Al Qutubiyyah, Hiya al- Fitnah Fa ‘arifuha “. ( Al Qutubiyyah, Ia Adalah Fitnah. Maka, kenallah Ia). Oleh Abu Ibrahim Ibn Sultan al-‘Adnaani.

6) Buletin Islamy.Al- Manhaj, EdisiVI/1419H/ (1998M) .”Firqah Dihujat” . Oleh Muhammad Ali ‘Ishmah Al- Medani. Diterbit oleh:Lajnah Khidmatus Sunnah Wa Muhaarabatul Bid’ah, Yogjakarta.Tel (0274) 895790.

7) “Sudahkah Anda Mengenali Jama’ah Tabligh?” Oleh Abdul Hakim bin Amir Abdat, Daral Qolam, Jakarta. (2003M)Homepage: www. darulqolam.com
(2003M)

Laman-laman web Muktabar (Ahli Sunnah wal Jamaah)

a. http: assunnah.or.id (artikel dlm bahasa Indonesia ,Jakarta)
b. www. Salafipublications.com (Inggeris – Bermingham)
c. al-manhaj.com (Inggeris -America)
d. Salaf.com( Inggeris }
e. troid.org (Inggeris-America)
f. http://www.Sabah.net (Arab)
g. http://www.rabee.net (Arab)
h. salafitalk.net ( Arab & Inggeris)
i. www. Furqanalsalafia.com (Arabic , Arab- Emirates)

Majalah:

i) Majalah As-Sunnah. Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta
http://www.Salafyoon.net Tel: 0828971840, 08121533647

Lain-lain

“Mengapa harus Salafi? “ Oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani
Lihat http: //www.assunnah.or.id/artikel/masalah/19 salafi. Php.

Atau lihat buku, “The Status of the Sunnah In Islam .” (Inggeris) oleh Sheikh Muhammad Naasiruddin Al-Albani. Pustaka Azhar, Johor Bahru.
07-2210244 , E-mail:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-15-0022 : Tabligh - penjelasan ikhlas diperlukan

al-Hamdulillah.....

al-jawab : Respon ringkas dari kami :

Sebenarnya , tentang Jemaah Tabligh ni telah pun banyak kali dibahas dan dibincangkan oleh para forumers di AAN dan kami tidak dapat nak memberikan apa-apa komen , jauh sekali untuk mengesahkan atau menidakkan kenyataan yang terdappat dalam artikel di atas.Ini adalah kerana bagi kami hanyalah mereka-mereka yang terlibat dengan JT sahaja yang mampu untuk mengesahkan apakah betul atau tidak dakwaan yang terdapat dalam artikel tersebut.....

Apa yang perlu diingati ialah , tidak ada dalam dunia ini satu pun jama'ah atau persatuan atau gerakan yang terlepas daripada kesalahan.Ini kerana sifat manusia yang menguruskan jemaah tersebut adalah tidak ma'sum dari sebarang kesalahan.Adakalanya perkara yang dilakukan betul dan adakalanya ia tersasar sedikit dari jalan Allah swt tetapkan....

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com