SJ-16-0015 : nazar makruh??

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0015 : nazar makruh??

:salam kepada panel al-ahkam, adakah benar sekiranya kita berniat untuk bernazar puasa sunat untuk beberapa hari, KALAU kita lulus dlm exam ato dpt sesuatu benda, dikira makruh atau kurang adab dgn allah??

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-16-0015 : nazar makruh??

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Soalan nazar ini merupakan soalan yang seringkali ditanya.

Apakah hukum bernazar?

Jumhur ulama' mengatakan hukum bernazar ini adalah MAKRUH. Hadith dari Ibn Umar ra. berkata :

äåì ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Úä ÇáäÐÑ ¡ æÞÇá : Åäå áÇ íÑÏøõ ÔíÆÇð ¡ æÅäãÇ íõÓÊÎÑÌ Èå ãä ÇáÈÎíá .
dir="ltr">"Nabi :saw melarang kami dari melakukan nazar, Sabda Baginda : Sesungguhnya tidak mengubah sesuatupun (yang Allah tetapkan), malah terdapatnya cara untuk mendapat sesuatu dari orang bakhil" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6234, Muslim #1639].

Cuma ada dikalangan ulama' seperti Syiekh Ibn Taimiyah yang melihat bahawa Nazar ini hukumnya HARAM. Namun demikian, keseluruhan (ittifaq) ulama' bersetuju bahawa adalah WAJIB bagi mereka yang bernazar melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

Sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=31874

Selanjutnya, sila baca jawapan ust zainys diurl berikut :-

SJ-16-0002 : NAZAR, kenapa ia MAKRUH ?
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28078

Sekian, wassalam

خيرالأمين