SJ-1686: Mandi Hadas (2)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1686: Mandi Hadas (2)

Saya memahami bahawa sekiranya kita telah mandi hadas maka kita tidak perlu lagi mengambil wudhu.
Soalan saya, sekiranya semasa mandi hadas itu kita berhadas kecil (kencing/kentut) atau memegang qubul/dubur. Perlukah kita mengambil wudhu sekali lagi sekiranya kita akan bersolat kemudiannya? Terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1686Mandi Hadas (2)

Jawab:
1. Benar pendapat terkuat ialah tidak perlu lagi berwudhu' jika seseorang itu mandi. Dalilnya Sunan Termidzi, 1/179, Aun alMa'bud, 1/425, alUmm, 1/36
2. Semasa mandi, jika seseorang itu kencing atau buang air atau terkentut, apakah seseorang itu perlu berwudhu'. Tidak ada perbahasan ulama' dalam masalah ini setakat yg saya pelajari. Jika berlaku kepada saya, saya akan berwudhu' berdasarkan hadis Muslim, 1/114, dari Abu Hurairah ra, "tidak diterima solat di antara kamu apabila berhadath, hingga dia berwudhu'." Niscaya ia memadamkan kesangsian anda. Allahu a'alam