SJ-1707: Hukum Rejam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1707: Hukum Rejam

Assalamualaikum,

Saya ingin mengemukakan soalan mengenai hukum rejam bagi pesalah zina yang telah berkahwin. Saya telah merujuk kepada Al Quran tiada ayat yang mengatakan bahawa hukuman rejam yang ada hanyalah sebatan sebanyak 100 kali. Apabila saya merujuk kepada kitab bible maka terdapat beberapa ayat yang menganjurkan hukuman rejam. Soalannya: Apakah hukum hudud ini perlu diambil dari bible kerana Al Quran itu sendiri perlu merujuk kepada bible sebagai sumber hukum. Adakah ini bermakna bible itu boleh diterima pakai hukum-hukumnya. Boleh tak diterangkan bagai mana sumber hukum dibuat jika tiada dibenarkan oleh Al Quran.

Re: SJ-1707: Hukum Rejam

Jawab:

Kenapa perlu merujuk kepada Bible? Sedangkan kita tahu Bible yg ada sudah diselewengkan? Kita hanya merujuk kepada sumber Islam yg lain: Jika tidak ada dalam alQur'an, lihat dalam alHadis, jika tidak ada lihat pula kpd ijma'.
Hukum had rejam kepada pesalah zina yg muhsyan itu sudah ijma' (disepakati). Yang ingkar akan hukum ini ialah kaum Khawarij dan Muktazilah sahaja. Ijma' ini dicatatkan oleh kitab-kitab berikut: Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid 4/426; Ibn Hazm, Maratib alIjma' No 129; Ibn Qudamah, alMughny 9/4; Imam Nawawi, Syarah Muslim 7/209; Asqalani, Fathul Bari 12/98, Syawkani, Nailool Awthor 7/90/91 Dalam sumber-sumber rujukan itu tertolaklah sebarang dakwaan hukum rejam kepada pesalah zina yg muhsyan diceduk dari Bible. Teori hukum rejam berasal dari Bible datangnya dari ruangan Astora Jabat. Allahu a'alam