SJ-1734: Makhluk (Syurga/Neraka)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1734: Makhluk (Syurga/Neraka)

Assalamualaikum Wmt Wkt Ahli Panel dan para pengunjung

Saya ingin mendapat kepastian dengan kenyataan panel saudara THTL tentang syurga dan neraka iaitu

" bahawa Allah selalu menyebut syurga dan neraka ini dua makhluk yg bersifat kekal, eternal atau abadi. menurut Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, tidak perlu dipersoalkan kenapa sifat kedua-dua makhluk ini menyamai sifat Allah."

adakah ini bermakna syurga dan neraka merupakan makhluk? Terima kasih kerana mememberi komentar

Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1734: Makhluk (Syurga/Neraka)

Jawab:

Kenapa tidak saudaraku? Syurga dan neraka juga makhluk! Keduanya diciptakan atau diujudkan untuk membalas manusia dan jinn samada balasan baik atau buruk.
Orang yg tidak mengerti bahasa Arab akan merasa ganjil kerana kebanyakan orang yg tidak faham bahasa Arab hanya menyangka makhluk itu hanyalah binatang yg melata saja.
Makhluk bermaksud apa jua yg Allah ciptakan. Allah adalah Khaliq (Yg mencipta)
Heaven and Hell are God's creation. Mungkin mudah faham kalau saya guna bahasa Inggeris.
Isu besar dalam kes makhluk ini ialah mehnah alQur'an makhluk yg dialami oleh Imam Ahmad Ibn Hanbal. Dalam mihnah ini Imam Ahmad dipaksa Khalifah supaya berfatwa alQur'an itu makhluk. itu saja yg kontroversi, tapi Syurga, Neraka adalah makhluk (ciptaan Allah) Allahu a'alam