SJ-1763: [U] ahli kitab

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1763: [U] ahli kitab

assalamualaikum,
saya ada kemusykilan tentang ahli kitab :
1) Adakah pada masa kini ahli kitab masih wujud.
2) Adakah penganut kristian dan yahudi pada masa kini boleh dinamakan ahli kitab.

sekian terima kasih.

Re: SJ-1763: [U] ahli kitab


[U] = Ulangan

Jawab:
Kita sudah menjawab beberapa kali mengenai kekeliruan mengenai siapakah ahlil Kitab. Mungkin penjelasan sebelum ini agak ringkas, maka ia belum memberi kepuasan kpd penjaring. Kebetulan saya menemui satu article dari Allamah Pakistan yg ulung, Imam alMawdoodi (Majalah al Wa'iy alIslami, cetakan Kuwait, Tahun ke 8, No : 86) dan penjelasan dan huraian alMawdoodi, yg saya anggap paling lengkap setakat yg pernah baca. Berikut adalah rumusannya:
Tajuk : Ahli Kitab atau Kitabiyah menurut perbahasan ulama'. Takrifan Kitabiyah (secara pendetailan) ini adalah khilaf di kalangan fuqaha' cuma mereka ijma' mengenai definasi umum yakni ahlil kitab ialah orang Yahudi dan Nasrani (Fathul Bari 6/197; Nailool Awthor, 8/57 dari Ibn Hajar)
Apabila mendetailkan (memperincikan) maksud ahlil Kitab ini, berselisihlah para fuqaha' ahli sunnah waljama'ah spt berikut:
1. Syafi'iyah-Hanbaliah: ahlil kitab ialah orang Yahudi dan Nasara (kristian) keturunan Bani Israil sahaja (yakni keturunan Ya'akob bin Isyhaq ra). Dalil: AQ 6: 156, Alasan aqli: Nabi Musa dan Isa (keduanya AS) hanya diutus untuk Bani Israel sahaja (alUmm 7/7; Tuhfah 7/332)
2. Hanafi-Maliki: semua bangsa yg beriman kepada mana-mana Nabi atau mana-mana kitab samawi atau suhuf adalah ahlil Kitab/kitabi
3. Salafiya - Setiap umat yg memiliki kitab yg diduganya kitab suci adalah ahlil kitab termasuklah kaum Majusi atau Zoroaster. Inilah pegangan Abu Tsaur (Tafsir Ibn Katheer, surah alMaidah ayat 5), Imam Muhammad Rashid Ridha (Tafsir alManar 4/185). Imam Rashid meluaskan maksud ahlil kitab kepada kaum Hindu, penganut Confucius, Buddha, Shinto dan Lao Tze. Imam alQasimi (tafsir alMahasin 16/6201) mengiktiraf Gautama Buddha sebagai seorang Nabi dan penganutnya adalah ahlil kitab.
4. Fatwa Ibn Umar ra: Tiada lagi ahlil kitab selepas terutusnya Muhammad saw kerana ajaran Trinity adalah syirik dan mereka adalah musyrikin.

Jadi bagi menjawab soalan anda : misalnya kita menggunakan pendapat Syafi'iy dan Hanbali.
1. apakah ahlil kitab masih ujud? Ya, kerana keturunan Bani Israil itu masih ada bahkan mereka kembali semula menjajah Palestina.
2. apakah penganut Yahudi dan Kristian hari ini boleh dinamakan ahlil kitab? Jawabnya Ya, dengan syarat mereka adalah keturunan asal Nabi Ya'cob, yang masih ada dan sedang mendirikan kerajaan haram Israel di Palestine.

Jika kita menggunapakai pendapat Ibn Umar ra, maka tiada lagilah ahlil kitab hari ini. Jika kita menggunakan pendapat Hanafi dan salafiya, maka kita dapati ia terlalu longgar dan boleh mencetuskan kacaubilau. Allahu a'alam