SJ-1823: Sabar & Ikhtiar

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1823: Sabar & Ikhtiar

Assalamualaikum ahli panel,

Berkenaan dengan masalah sabar & ikhtiar

Seseorang yang banyak melakukan kesalahan dan sedar kesilapannya tetapi masih bertangguh untuk bertaubat. Dia juga sering lupa pada nikmat Allah. Setiap kali susah dia merintih kepada Allah mengharapkan pertolongan, bila diberi nikmat dia lupa dan lalai dalam mengerjakan suruhan Allah. Kalau buat pun ala kadar saja, hinggalah Allah menimpakan sesuatu bencana besar kepada dirinya.

Bila terjadi demikian, dia sedar dan ingin bertaubat dengan sebenar2nya dan baru tersedar betapa Maha Besarnya Allah, dan betapa kerdilnya dia sebagai hamba. Hanya pertolongan Allah sahaja yang dapat mengeluarkan dia dari bencana itu.

1. Bagaimanakah caranya sebaik2 untuk bertaubat dan kembalikan diri ke jalan Allah dengan sepenuh hati. Yang mana tetap hati tidak melupakan Allah diwaktu senang mahupun susah. Sentiasa redha & bersyukur akan nikmat Allah.

2. Dia sedar apa yang berlaku dan sering menangis di dalam mahu pun di luar solat dan sewaktu berdoa meminta keampunan & pertolongan Allah. Hanya pada Allah sahaja dia berserah dirinya. Adakah dgn menangis itu dianggap dirinya tidak bersabar pada ujian Allah, sedangkan cara itu saja dia dapat melepaskan kesedihan hatinya? Dan adakah Allah benci pada hambanya yang menangis dan merintih di hadapan-Nya sewaktu bersolat & berdoa?

3. Di dalam Al-Quran banyak menyatakan yang Allah suka pada orang yang bersabar dan berserah diri kepadaNya. Di dalam hal ini, bagaimanakah kedudukan orang ini. Adakah dia dikira bersabar, sedangkan dia sering menangis & merintih di hadapan Allah?

4. Dan dia tidak pernah meminta pertolongan dari pada sesiapa pun kecuali Allah, kerana di dalam hatinya yakin, hanya Allah sahaja yang dapat menolongnya. Sedangkan ada orang menawarkan untuk jumpa bomoh dan sebagainya sebagai usaha dan ikhtiar. Adakah dia dianggap tidak berusaha & berikhtiar kerana di dalam permasalahannya dia ragu-ragu kalau usaha yang dilakukan dengan meminta bantuan orang, sekalipun meminta bantuan pada orang alim, akan membuatkan dia lalai pada Allah dan meletakkan pergantungan pada orang itu, tidak pada Allah.

5. Adakah dgn solat, doa dan mendekatkan diri pada Allah, (melakukan suruhan Nya dan meninggalkan laranganNya) itu dianggap sebagai usaha dan ikhtiar?

Diharapkan ahli panel dapat memberikan penjelasan terperinci mengenai orang begini.

Terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1823: Sabar & Ikhtiar

1. Bilik mandian Tawbat. Kita sudah menjelaskan sebelum ini beberapa kali mengenai tajuk ini. Ia suatu perbahasan yg panjang dan terdapat kitab2 yg baik menghuraikan tatacaranya. Antara yg terbaik ialah: Taubat ilaLlah karya Dr Yusof alQardhawi (terjemahan Syabab Media, Bangi). Kitab ini sudah memadai sebab ia menghimpunkan jist semua kitab silam yg pernah ditulis mengenai taubat (termasuk kitab Ihya' (alGhazali) dan Madarij karya Ibn Qoyyim).
Rumusan taubat: Taubat bermaksud kembali. Kembali ini brmaksud "alaudatul dhaafrah" kembali yg penuh kemenangan. Kemenangan seseorang dlm mengatasi punca kelemahannya, kealpaan, hawa nafsu dan kekufuran dan berada di fasa yg baru.
Firman Allah SWT," dan sesungguhnya AKU Maha Pengampun bagi orang2 yg bertaubat, beriman, beramal soleh kemudian tetap di jalan yg benar." Taha: 82

2. Menangis dalam solat atau ketika membaca atau mendengar alQur'an itu harus. Dalilnya: Maryam: 58 (apabila dibaca ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dgn bersujud dan menangis."
Imam Abu Daud (Sunan 1/238) meriwayatkan Nabi saw menangis ketika bersolat. Imam Bukhari (sahih, 1/125) meriwayatkan Umar alKhattab ra ada ketikanya menangis ketika solat.
3. Orang yg menangis ketika solat adalah suatu yg fitrah bila ia merasa takut akan Allah dan tajuk Sabar ini adalah suatu perbahasan yg lain pula.

4. Usaha dan Ikhtiar. Usaha dan ikhtiar ini ada tiga jenis:
a. Usaha dan Ikhtiar dan bergantung pada objek selain Allah SWT, misalnya memohon kepada keramat. Ini syirik yg besar.
b. Usaha dan ikhtiar lalu ia bergantung kepada hasil usahanya dan lupa kepada Allah yg memberinya kemampuan untuk berusaha. Ini dosa dan syirik juga
c. Usaha dan ikhtiar kerana mengambil hukum sebab dan akibat tapi ia bergantung kepada Allah swt yg menentukan sebab dan akibat.
Contoh:
si fulan jatuh sakit.
a) Dia berjumpa dukun dan yakin dukunlah yg menyembuhkannya. Ini syirik
b. Dia mendapatkan rawatan dari hospital swasta yg serba canggih dan pakar yg hebat, maka dia meyakini kemampuan kewangan dan usahanya mendapat rawatan dari tempat itu telah menyembuhkannya
c. Dia berusaha mendapatkan rawatan terbaik dan penyakitnya sembuh kerana Allah jua yg menentukan sebab dan akibatnya.

5. Kaitan ibadah dan ikhtiar.
Ibadah itu hak Allah yg wajib ditunaikan. Ikhtiar dan usaha itu juga ibadah. Semuanya akan dikira. Firman Allah, "barangsipa yg berusaha walaupun sebesar zarah, pasti dia akan melihat hasilnya."alZalzalah: 7
Solat, zikir dan do'a ini adalah ibadah yg besar dan amat tinggi nilainya di sisi Allah. Maka sesiapa yg tekun berusaha beramal melakukannya dengan ikhlas dan mengharap ridhanya, maka hasil usahanya itu adalah tidak sia-sia. Begitu juga dunia ini diibaratkan sebagai ladang, kita hendaklah berusaha, bekerja menyara diri kita keluarga dan mengeluarkan zakat dan bersedeqah, maka hasil usah titik peluh yg halal ini juga ibadah. WaLlahu a'alam