SJ - 1885 : HUKUM MERANCANG KEHAMILAN

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1885 : HUKUM MERANCANG KEHAMILAN

Assalamualaikum...

Apakah hukumnya seorang perempuan merancang kehamilan dengan menggunakn cara moden seperti pil perancang, implanon, injection dan sebagainya. Sekiranya perempuan tersebut mempunyai penyakit yang akan bertambah kritikal sekiranya ia melahirkan anak ramai adakah ia boleh menggunakan cara di atas? Islam memang ada cara untuk mengelakkan hamil dengan menggunakan kitar haid sebagai rujukan tetapi masalahnya sekarang ramai wanita yang mempunyai kitar haid yang tidak normal jadi untuk mengelakkan mereka mengandung mereka menggunakan cara ini. Harap dapat bantu saya selesaikan masalah ini. Wassalam....

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1885 : HUKUM MERANCANG KEHAMILAN

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Saudari Aisyah itu . Amatlah baik sebelum kita pergi jauh meneliti apakah pandangan Islam terhadap perkara tersebut, marilah kita sama-sama berkenalan dengan beberapa definasi dan pengenalan berikut :

1 - TANZIM AL-USRAH ( ÊäÙíã ÇáÇÃÓÑÉ ) : Ertinya : Merancang Keluarga , seperti dengan cara berjimak dengan isteri pada tarikh dan masa yang tertentu , ataupun dengan cara selainnya dengan tujuan untuk menyusun jadual kehamilan mengikut kehendak sepasang suami – isteri . Nama lain bagi Tanzim Al-Usrah ini ialah “ Tanzim An-Nasal “ ( ÇáäÓá ÊäÙíã ) yang bererti : Merancang Kelahiran . Ianya dilakukan menurut tempoh tertentu , bukannya secara kekal.

2 – TAHDID AN-NASAL ( ÊÍÏíÏ ÇáäÓá ) : Ertinya : Membatasi Kelahiran , seperti alat kelamin lelaki ataupun perempuan dimatikan fungsinya , sehingga tidak boleh menghasilkan sperma yang boleh menyebabkan seseorang zuriat itu lahir. Nama lain bagi proses ini ialah “ Tahdid Al-Usrah “ ( ÊÍÏíÏ ÇáÃÓÑÉ ) yang bermakna : Membatasi Keluarga . Di dalam kitab-kitab Fiqh klasik , istilah untuk proses yang sama seperti ini dinamakan sebagai “ At-Taa’qim “ ( ÇáÊÚÞíã ) ertinya : Proses Pemandulan . Kalau untuk binatang diertinkan sebagai : Proses Pengkasian . Proses pemandulan ini @ membatasi keturunan ini dilakukan untuk jangka masa yang kekal-abadi.

3 - ‘AZAL ( ÇáÚÒá ) : Proses menahan ataupun menghalang mani lelaki daripada masuk ke dalam rahim wanita , samada dengan cara menumpahkannya , ataupun dengan memakai kondom dan seumpamanya. Dilakukan agar wanita tersebut tidak hamil.

**************************************

TANZIM AL-USRAH ( ÊäÙíã ÇáÇÃÓÑÉ ) : MERANCANG KELUARGA

Walaupun Islam sememangnya mahukan umat yang ramai akan tetapi di dalam beberapa ketika, dibenarkan bagi sepasang suami-isteri itu untuk merancang keluarganya iaitu dengan menggunakan sistem di atas.

Tanzim Al-Usrah ini dibenarkan di atas sebab-sebab berikut :

1 – Agar si ibu mempunyai tempoh masa yang cukup untuk menghadapi anak yang akan datang dan tempoh untuk menyusui anak yang pertama itu sempurna selama dua tahun sebagaimana menurut ajaran Al-Quran Al-Karim. Selain itu, dengan menyusun jadual kehamilan bagi tempoh 2-3 tahun bagi setiap kehamilan , lebih memberikan kekuatan dan tenaga kepada si ibu.Lihat dan pelajari Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah , ayat 233.

2 – Jika si ibu itu lemah fizikalnya , tidak berupaya untuk selalu bersalin.

3 – Jika si ibu itu ataupun si bapa mempunyai “ penyakit keturunan “ yang boleh menjangkiti si anak yang bakal dilahirkan.

4 – Terdapatnya sebab-sebab ekonomi bagi sesebuah keluarga itu , seperti keadaan susah dan miskin . Perkara ini diistilahkan oleh ulama’ , khasnya oleh Hujjatul Islam , Imam Al-Ghazali (rh) sebagai : “ ÇáÎæÝ ãä ÇáæÞæÚ Ýí ÇáÖíÞ ÈÓÈÈ ßËÑÉ ÇáÃæáÇÏ “ yang bermaksud : Bimbang terjerumus ke dalam lembah kesusahan disebabkan ramainya anak.

5 – Si ibu itu sememangnya mempunyai penyakit , dan jika dia beranak lagi, penyakit yang dideritai itu akan lambat sembuh , ataupun tidak sembuh ataupun anak yang bakal dilahirkan itu dalam keadaan yang amat sukar.

Apabila terdapatnya salah-satu daripada sebab-sebab di atas , dan ianya disememangnya disahkan oleh orang yang ‘alim di dalam agama , dengan kerjasama daripada seorang pakar perubatan yang amanah , maka Tanzim Al-Usrah ini harus dilakukan menurut pandangan Islam.

**************************************

TAHDID AN-NASAL ( ÊÍÏíÏ ÇáäÓá ) MEMBATASI KELAHIRAN :

Proses membatasi kelahiran ini dilakukan dengan cara memandulkan si suami ataupun si isteri agar mereka tidak lagi boleh menghasilkan zuriat di masa yang akan datang. Sama ada ianya dilakukan secara proses pembedahan , ataupun dengan mengambil jenis-jenis makanan tertentu dan seumpamanya.

Walaupun tiada nas yang jelas di dalam Al-Quran , mahupun Al-Hadits yang menyatakan mengenai HARAMNYA MEMBATASI KELAHIRAN ( PROSES PEMANDULAN ) seperti ini , akan tetapi majoriti ulama’ Islam menyatakan perkara itu sebagai HARAM dan DITEGAH OLEH SYARAK .

Namun minoriti ulama’ pula menyatakan bahawa ianya DIBENARKAN OLEH SYARAK berdalilkan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Asy- Syura , ayat 50 :


Ãóæú íõÒóæøöÌõåõãú ÐõßúÑóÇäðÇ æóÅöäóÇËðÇ æóíóÌúÚóáõ ãóä íóÔóÇÁ ÚóÞöíãðÇ Åöäøóåõ Úóáöíãñ ÞóÏöíÑñ

Ertinya : “ Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada sesiapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa “ .

Daripada ayat di atas, maka minoriti ulama’ ini pun mengatakan : “ Jika Allah Ta’ala sendiri memang menciptakan sebahagian manusia itu ada yang mandul disebabkan ada hikmahnya, maka tidaklah salah jika sebahagian manusia itu juga boleh jadi mandul disebabkan ada maslahahnya ( kebaikannya ) “.

Dan sebahagian ulama’ Fiqh membenarkan proses pemandulan ini jika ada penyakit yang berhubungan dengan seks , akal ataupun diri , yang mana telah dikenal-pasti sebagai sakit yang berbahaya lagi tiada ubatnya dan penyakit itu pula boleh menjangkiti anak yang bakal dilahirkan lagi berbahaya.

Namun , setelah diambil-kira semua pendapat ulama’ di dalam hal ini , maka PENDAPAT YANG PALING MENEPATI KEHENDAK SYARIAT ISLAM ITU SENDIRI IALAH : HENDAKLAH DILAKUKAN PROSES PEMANDULAN INI BUAT SEMENTARA WAKTU SAHAJA , BUKANNYA UNTUK SELAMA-LAMANYA . KERANA INSYA-ALLAH ADA PENYAKIT BAGI SETIAP UBAT ITU – KECUALI PENYAKIT AS-SAM : MATI – Dan apabila ditemui ubat tersebut , maka proses pemandulan seperti ini sudah tidak lagi diperlukan. Dan kemungkinan juga , jika sesebuah keluarga itu susah , barangkali di kemudian hari kelak , setelah mereka dikurniakan rezeki daripada Allah Ta’ala secara berlimpah-ruah , di saat itu sudah tentu mereka sangat berhajat kepada zuriat yang ramai . Dan kalaulah mereka melakukan proses pemandulan yang kekal , sudah pasti mereka tidak akan memperolehi zuriat sendiri di kemudian hari. Apatah lagi , proses pemandulan yang bersifat kekal ini adalah satu kezaliman ke atas makhluk Allah Ta’ala yang mana kezaliman merupakan satu perkara yang sangat ditentang dan dilarang oleh Islam !.

**************************************

‘AZAL ( ÇáÚÒá ) : MENAHAN SPERMA DARIPADA MASUK KE DALAM RAHIM

Perkara ini sendiri pernah berlaku di masa hidupnya Baginda Rasulullah s.a.w .

Úóäú ÌóÇÈöÑò ÞóÇáó ßõäøóÇ äóÚúÒöáõ Úóáóì ÚóåúÏö ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÈóáóÛó Ðóáößó äóÈöíøó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ýóáóãú íóäúåóäóÇ

Ertinya : “ Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 ) .

Dan bagi seseorang suami tidak dibenarkan melakukan perkara tersebut melainkan dengan redha isterinya , dan tentulah sebuah kebahagian rumahtangga yang diimpikan itu tidak akan menjadi realiti andainya tiada kesefahaman dan redha-meredhai di antara anggota rumahtangga itu.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1 – YASALUNAKA ‘ANID DIN WAL HAYAH – JILID I
‘Allamah Dr. Ahmad Ash-Syarbasi ( Profesor Universiti Al-Azhar )
ms 234 – 243 . Terbitan Darul Jil , Beirut.

2 – FATWA WA AHKAM LIL MARAH AL-MUSLIMAH
‘Allamah Syeikh Atiah Saqr ( Bekas Pengerusi Fatwa Al-Azhar )
ms 221 , Terbitan : Maktabah Wahbah , Cairo.

3 – AL-FATAWA AL-ISLAMIYYAH
‘Allamah Dr. Nasr Farid Wasil ( Bekas Mufti Republik Arab Mesir )
ms 304 . Terbitan : Al-Maktabah At-Tawfiqiah , Cairo.

4 – KATA BERJAWAB 1-5
Al-Fadhil Ustaz Abdul Qadir Hassan ( Guru Pesantren PERSIS Bangil )
Terbitan : Yayasan Al-Muslimun , Bangil, Indonesia.

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

4 / Sya’aban / 1423 H
11 / September / 2002 M

Jumaat – Bandaraya Kaherah