SJ-1886: Daging Landak

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1886: Daging Landak

Assalamualaikum....

Saya ingin bertanya apakah hukumnya memakan daging landak. Saya kurang pengetahuan tentang latar belakang binatang ini. Saya jadi musykil samada ia boleh dimakan atau kerana ramai orang disekeliling saya memakan daging landak. Satu lagi, adakah bulu dari badan landak yang telah mati boleh dibuat penunjuk pada A-Quran atau Muqaddam semasa mengaji? [="orange"]

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1886: Daging Landak

Jawab:
1. Landak adalah halal di makan dan kita dapati ia diburu dan dimakan oleh orang Melayu sejak dahulu kala dan tidak ada fuqaha' tempatan yg membantahnya. Binatang yg tidak disebut oleh nas (halal/haramnya) diserahkan kepada uruf (hukum adat).
2. Bulu landak yg dikutip dari landak yg disembelih suci mengikut madzhab Syafi'iy dan mengikut jumhur bulu landak itu suci baik datang dari badan landak yg disembelih atau bangkai (yg tidak disembelih) Dalil: Ibn Mundzir dan Ibn Hatim yg mengutip fatwa Ibn Abbas bila beliau mentafsir ayat 145 dari surah alAn'am mengenai kesucian bulu, tulang, gigi dan rambut bangkai." Fiqh Sunnah ; WaLlahu a'alam