SJ-1894: Baca alQur'an di Kuburan 2

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1894: Baca alQur'an di Kuburan 2

Menurut THTL
"Yang pasti: amalan membaca Qur'an atas kubur ini bukan amalan salaf dan tidak ada dalil sahih yg meriwayatkan ia pernah diamalkan pada 300 tahun pertama sejarah emas Islam. "
Ingin saya bertanya - Tahun bila dan di manakah bermulanya perkara tersebut ? - Saya lihat kalau Allah Ta'ala mengambil roh diWaktu Malam. Secara lazimnya orang membaca Quran ditepi mayat hingga ke Pagi - Bagaimana pula ini ?
Jazakallah

Re: SJ-1894: Baca alQur'an di Kuburan 2

Jawab:

Kami tidak dapat dengan pasti memberitahu bilakah tarikh/tahun yg tepat umat Islam mula membaca alQur'an di kuburan. Ia memerlukan suatu usaha gigih seperti membuat tesis MA dan PhD. Ini kerana ada banyak isu yg memerlukan kajian bilakah ia bermula dalam sejarah umat Islam, misalnya sejak bila umat Islam menyambut Maulid Rasul saw, atau bilakah umat Islam mula2 membaca Talqin mayat, bilakah umat Islam di Nusantara mengadakan kenduri arwah dan tahlil, atau bilakah umat Islam mula membaca yasin setiap malam Juma'at.

Namun isu membaca alQur'an di sisi mayat dan atas kubur ini sudah dibahaskan dalam kitab2 klasik sejak dulu kala (Hanafi-Maliki-Syafi'iy-Hanbali), maknanya isu ini ujud sudah lama yakni suatu kecenderungan umat Islam untuk membantu mayat dengan cara membaca alQur'an di sisi mayat atau dikuburannya.
Kita meletakkan isu ini sebagai khilafiah kerana madzhab Hanbali dan Syafi'iy mengharuskan, manakala makruh di sisi madzhab Malik dan Hanafi. Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah juga tidak menegahnya, malah muridnya alHafeedz Ibn Qayyim juga berpendapat harus tapi amalan itu bukanlah suatu amalan yg kuat disisi syara' dan bukanlah amalan salaf assoleh. WaLlahu a'alam