SJ-1895: Beredar untuk solat sunat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1895: Beredar untuk solat sunat

assalamualaikum ustaz dan ahli panel,

soalan saya ialah adakah dalil yg menyuruh kita beredar ke tempat lain (ke belakang ker) bila selesai solat fardhu dan untuk ke solat bakdiyah atau sunat lain dan tak boleh di tempat solat tadi

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1895: Beredar untuk solat sunat


Jawab:
a. HR Ibn Majah dan Abu Daud dari alMughirah ra," janganlah seorang Imam mengerjakan solat di tempat yg sama dilakukan solat fardhu sehingga dia berpindah dari tempat itu."
b. HR Ahmad, Ibn Majah dan Abu Daud dari Abu Huraira ra," apakah seorang kamu apabila telah selesai mengerjakan solat tidak mampu untuk ke depan atau kebelakang atau bergerak ke kanan atau kiri?"
c. HR Ibn Mubarak, Ibn Abi Dunya dan Ibn Munzir dari Ali KW," bahawasanya seorang mu'min apabila ia meninggal dunia akan ditangisi oleh tempat solatnya dari bahagian bumi.."

Dalil alQur'an: (terjemahnya)
a. Firman Allah SWT," Pada hari bumi akan menceritakan ceritanya" (azZalzalah: 4)
b. "Maka tiadalah mereka ditangisi oleh langit dan bumi." (ad Dukhan: 29
WaLLahu a'alam