SJ-1903: Perkahwinan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1903: Perkahwinan

Assalamualaikum...

Saya nak bagi pandangan sikit dan kalau boleh ustaz ulas dan komen atau jawab lah pandangan saya ini...
Zaman kini sibuk memperkatakan bahawa perkahwinan baru dan perceraian adalah sama banyak. Disini saya ingin memperkatakan bahawa antara sebab nyer ialah kerana zaman sekarang yang disibukkan utk perkahwinan adalah kenduri dan hantaran tetapi bab agama tentang utk uruskan perkahwinan sedikit sahaja disentuh. Inilah yg menyebabkan banyak penceraian berlaku kerana lelaki dan wanita yg nak berkawin tu sibuk mencari duit utk kenduri dan duit hantaran dan bukannyer sibuk utk mencari ilmu rumahtangga. Yg ada pun hanya kurusus dua hari tu jer mana lah cukup utk mengharungi hidup bersama yg mempunyai banyak cabaran dan dugaan. Oleh itu saya ingin mencadangkan jikalau ustaz ada mengenali org dari jabatan agama islam malaysia supaya menasihati org melayu baik bakal pengantin ataupun ibubapa pengantin supaya jgn meninggikan duit hantaran dan terlalu sibuk dgn kenduri tetapi banyakkan menambah ilmu tentang agama dan ilmu rumahtangga melalui tok kadi ataupun imam surau atau masjid dalam sesuatu kawasan tersebut.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1903: Perkahwinan


Komentar:
Keperihatinan anda itu memang sudah lama diperingatkan oleh Nabi saw, sbgmna sabda baginda," sesungguhnya perkahwinan yg paling besar keberkatannya ialah yg paling ringan maharnya." (HR Ahmad dari Aisyah ra).

Mengenai isu tingginya kadar perceraian di kalangan orang Islam dan dikaitkan dengan kurangnya ilmu rumahtangga itu adalah bila kita melihat secara 'mikro'. Tapi apabila kita melihat dari sudut pandangan makro (pandangan helikopter), ia adalah simptom (petanda) kesakitan dan kejatuhan umat Islam di segenap sudut, baik ekonomi, sosial, politik, jatidiri ummat sejak sekian lama. Keluarga adalah salah satu komponen masyarakat dan ia bermula dengan individu yg soleh. Jika pembentukan individu yg soleh ini sudah cacat, maka cacatlah pasangan yg bakal didirikan dan jika ia tidak berakhir dgn perceraian, ia akan menghadapi masalah dan menghasilkan pula zuriat yg bermasaalah. Jadi penyelesaian jangkapanjang memang rumit dan tidak muat untuk dirungkai dalam ruang yg sempit ini. JKK terhadap pandangan anda. WaLLahu a'alam