SJ-1956: Keuntungan Skim Pyramid

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1956: Keuntungan Skim Pyramid

Assalamualaikum:

Merujuk kepada perkara di atas saya berharap pihak Ahkam dapat memberi penjelasan. Setahu saya pihak Ahkam telah mengeluarkan kenyataan atau fatwa yang merumuskan sistem ini adalah haram. Soalan saya adakah semua syarikat perniagaan yang menjalankan perniagaan kaedah ini automatik melakukan kerja haram atau masih adakah sistem piramid yang menepati kaedah Islam. Setahu saya HPA juga turut menjalan perniagaan berasaskan konsep ini.
Saya harap pihak Ahkam boleh perjelaskan alasan kenapa kaedah ini salah di sisi syarak. WASSALAM

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1956: Keuntungan Skim Pyramid


Jwb:

Memang benar, Ahkam Online pernah menjawab permasalahan skim MLM/Pyramiding sebelum ini. Kalimah Pyramiding atau pyramid ini bukanlah haram secara otomatik, bahkan sistem pyramid ini adalah suatu sistem yg universal. Dalam management (ilmu Pengurusan moden), model pyramid ini digunakan untuk menggambarkan struktur organisasi (syarikat/organisasi) yg juga tegak secara Pyramid: puncak pyramid ialah kepimpinan atasan (top management), kemudian pengurusan pertengahan (middle mgmt) dan akhirnya pekerja bawahan.

Skim Pyramid dalam MLM (multi-level- Marketing) bermaksud suatu skim yg tidak menumpukan kepada kekuatan barangan atau perkhidmatan (selling factor) tapi suatu skim yg bertopengkan Direct selling (MLM) yakni ia skim ahli mencari ahli sebanyak mungkin untuk membentuk sebuah pyramid, di mana yuran keahlian angguta baru akan dijadikan keuntungan kepada orang yg berada di puncak pyramid. Skim ini juga dikenali dgn skim pengambilan deposit tanpa lesen atau skim pelaburan tanpa lesen. Syarikat MLM Pyramid ini juga beroperasi tanpa lesen AJL dari Kementerian Perdagangan Dlm negeri.
Skim pyramid atau MLM yg harus ialah skim yg bergantung kepada kekuatan jualan dan ia disokong oleh rangkaian produk yg bermutu dan ia membina skill jualan di kalangan ahli dan yg paling penting ia mendapat lesen AJL dan skim pemasarannya di luluskan oleh pihak berwajib. Allahu a'alam