Kiriman semula soalan dari sdra Zubayr_72. Kiriman asal mengalami sedikit kerosakan,
JKK atas huraian tuan, ingin saya tanya jika saya bersolat sunat dalam kereta atau kapal terbang caranya selain isyarat tunduk dsb bagaimana dengan takbiratul ihram dsb perlu ikut kafiatnya dengan tangan dll.
Keduanya dalam "Reliance for the Traveller dalam bab Kahwin ada diterangkan bahawa seorang ayah yang menyuruh anak bernikah ada beberapa syarat antaranya jika dicari pasangan kalau Arab dengan Arab kerana ada hadith yang antara lain menyatakan Arab lebih mulia bagi Arab. Pemahaman saya tanpa Ulum-Al Hadith dsb ini bermaksud bahawa diutamakan yang sebangsa bukannya Arab itu lebih mulia dari bangsa yang lain. JKK [/i]
Jawab:
1. Cara solat sunat atas kenderaan
HR Bukhari dari Ibn Umar ra," bahawa Nabi saw solat di atas belakang tunggangannya menghadap kiblat dan solat dgn isyarat kepalanya.." Fiqh Sunnah
Adapun mengangkat tangan untuk takbir itu hukumnya sunat menurut Jumhur. Jika ada kesulitan, sudah tentu tidak perlu angkat, cuma lafaz saja takbirnya.
2. Kufu' dlm perkahwinan
Kufu' maksudnya adalah setaraf antara gadis dan teruna. Madzhab Syafi'iy meletak tujuh ciri kufu': Islam, merdeka, agama, keturunan, kerjaya, kecacatan fizikal dan usia (Dr Haron Din, Fasakh alNikah, Percetakan Watan KL) Apabila diperincikan keturunan itulah timbulnya Arab dgn Arab, golongan bagsawan dgn bangsawan. Namun Islam tetap meletakkan nilai TAQWA sebagai neraca yg muktamad dalam masalah sekufu (Syaykh Ali Qutb, Tuhfatul Aris wal Urus) WaLlahu a'alam