Bagaimanakah kedudukan sholat ketika kita memberi salam yang pertama. Tidakkah kita telah berpaling dari menghadap Qiblat atau mungkin ada cara yang tertentu supaya sembahyang kita tidak batal kerana tidak menghadap Qiblat. Kerana apa yang menjadi kemusykilan ana ialah ada pendapat yang mengatakan dan melabelkan dada dan muka sebagai syarat utama menghadap Qiblat. Tolong jelaskan kenyataan ini.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Berpaling semasa memberi salam itu disyari'atkan bukan saja-saja berpaling dari kiblat. Saja2 berpaling dari kiblat itulah yg membatalkan solat. Kita berpaling semasa memberi salam itu berpandukan hadis," solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat." (Bukhari). Jika tidak berpaling, bagaimanakah cara nak keluar dari solat setelah memberi salam? Wassalam