SJ-2032: Solat 2X

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2032: Solat 2X

Assalamualaikum...

Apabila saya berkunjung ke surau setelah solat berjemaah selesai, biasanya saya akan solat sendirian. Tetapi apabila saya selesai solat bersendirian, saya dapati ada jemaah yang baru datang dan mengerjakan solat secara berjemaah. Apakah hukum saya mengulangi sembahyang tersebut dengan secara berjemaah?

kedua: Jika saya mengikuti solat secara berjemaah tersebut dan solat saya terbatal, adakah saya perlu melakukan solat semula ? atau solat saya yang pertama tadi (secara bersendirian) sudah mencukupi.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2032: Solat 2X


Jawab:
Hukumnya sah dan solat yg kedua itu menjadi solat sunat. Dalilnya dari Yazid bin Aswad. Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad, Abu daud, Termidzi dan anNasa'iy. Sayyid Sabiq ketika membuat komentar hadis ini mensyaratkan solat kedua itu hendaklah diniatkan sebagai solat sunat. Fiqh Sunnah.